STRAWBERRY CHILLED CHEESE CAKE |
Setiap potongan menjadikan anda tidak mahu berhenti menikmatinya. Dibawahnya terasa renyah biskut digestive, diatasnya mewah denhgan rasa chesse dan buah strawberry. Selamat mencuba..
STRAWBERRY CHILLED CHEESE CAKE
Bahan-bahan:-
200 gram biskut digestive
80 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
6 biji strawberry segar, kisar halus (puree)
1 camca teh strawberry emulco
6 biji strawberry segar, didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal ( guna jenama "NUR")
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
Strawberry segar untuk hiasan
Cara-cara:-
01. Biskut marie dihancurkan ( guna food processor), kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal.
02. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
03. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree strawberry, dan juga strawbeyy emulco tadi, putar rata.
04. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
05. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih.
06. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buah strawberry yang didadu tadi, gaul rata.
07. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
08. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras.
09. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah strawberry dan hidangkan..
CATATAN:-
- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin.
- Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap.
Bahan hias atas kek:
1/2 s/t gelatin halal /serbuk agar-agar
15 ml air
75 gm strawberry filling
Cara-cara:-
01. Campurkan gelatin dan air.
02. Panaskan sebentar dan campur strawberry filling.
03. Sapu atas kek yg dah sejuk.
STRAWBERRY CHILLED CHEESECAKE SLICE |
Sumber: Che mat
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment