Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Thursday 9 April 2015

POPCORN CARAMEL YANG HEBAT RASANYA..

POPCORN CARAMEL
Popcorn Caramel.. Sedapnya rasanya, manis, lemak masin.. semua ada..  Biasa cuma terdapat yang panas ketika menonton wayang ataupun di kiosk menjual popcorn.  Yang dijual di kedai runcit dan pasar malam biasanya sudah sejuk dan tidak berapa sedap untuk dimakan.  
     Mari kita cuba menyediakannya sendiri di rumah. Disamping boleh dimakan ketika panas, Boleh juga disimpan dalam bekas kedap udara.  Sesuai untuk kudapan semasa menonton rancangan tv dirumah..  Selamat mencuba..

HOMEMADE POPCORN CARAMEL

Bahan-bahan:-
1 sdb minyak jagung
1 cawan jagung popcorn
2 sdk garam halus
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan butter
1 cawan light corn syrup
1/2 sdk baking soda

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak jagung dengan api yang kecil dalam periuk besar. Untuk percubaan letakkan 6 biji jagung dan tutup periuk.

2. Tunggu jagung popcorn dalam periuk meletus, kalau sudah meletus tuang semua jagung popcorn.

3. Tunggu semua popcorn2 meletus, kalu sudah tidak berbunyi, ertinya popcorn sudah siap. 

4. Sambil menunggu popcorn siap, dalam periuk, satukan gula perang, butter, light corn syrup dan baking soda, masak atas api yang kecil sehingga mendidih. Tutup api.

5. Angkat popcorn, letak dalam dulang, buang baki2 popcorn yang tidak meletus.

6. Tuang syrup karamel dalam dulang berisi popcorn tadi dan gaul sebati.

7. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 120C selama 1 jam, gaul popcorn setiap 10 minit.

8. Keluarkan, gaul supaya popcorn tidak melekat antara satu sama lain.

9. Hidangkan sambil menonton tv dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Blogger

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment