Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Thursday, 9 April 2015

KUIH LAPIS ROTI GARDENIA.. MENGANCAM RASANYA...

KUIH LAPIS ROTI GARDENIA
     Biasanya, kuih lapis yang dihidangkan kepada kita sejak dari kecil. diperbuat dari tepung beras.  Kini kita berinovasi dengan resepi baru iaitu kuih lapis yang diadun dengan  kepingan roti sandwich gardenia yang diblend.  
     Rasanya sederhana manis dan teksturnya sangat lembut lagi mengenyangkan. Lapisan warnanya membuatkan kita tidak jemu menikmatinya. Jangan lupa mencuba resepi ini ea...

KUIH LAPIS GARDENIA

Bahan-bahan:
6 keping roti sandwich | buang kulit tepi, siat kecil dan rendam dengam 150gm air
75gm gula pasir
3/8 tsp garam
300gm santan
150gm air
90gm tepung beras
30gm tepung sagu
1 tsp coklat emulco
Pewarna kuning & oren

Cara-caranya:
1.Panaskan kukusan.Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi (kalau tak ada empat segi yang bulat pun boleh), alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak.

2.Satukan air, santan, gula, garam dan masak hingga gula larut.Biarkan suam.

3.Masukkan roti yang direndam, bersama setengah santan yang dimasak tadi ke dalam pengisar.Kisar hingga halus.

4.Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam bekas.Masukkan bahan kisaran ke dalam bekas  berisi tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga sebati dan tidak bergentel.

5.Adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian.
A)  Bahagian 1 dibahagikan untuk 3 lapisan dan diwarnakan kuning. Bahagian 2 dibahagikan untuk 2 lapisan dan diwarnakan oren. 
B)  Bahagian 3 dibahagikan untuk 4 lapisan dan dibubuh coklat emulco.
C)  Pastikan setiap lapisan itu sama banyak agar lapisannya  sama tebal.

6.Bila kukusan dah betul2 mendidih, letakkan loyang dalam kukusan.Tuang adunan kuning dulu sebagai lapisan pertama dan kukus 5 minit.Tuang pula selapis adunan coklat dan kukus lagi 5 minit.

7. Diikuti dengan  selapis adunan oren.Teruskan melapis dan kukus sehingga semua adunan habis digunakan.Untuk lapisan seterusnya boleh rujuk kat gambar tu ye.

8. Bila sampai lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.

Sumber: Kak Citarasawan

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

Show comments
Hide comments

2 comments: