REMPEYEK RANGUP |
Bukan sahaja biasa dihidangkan pada hari raya, tetapi snek ketika minum petang dan bekalan semasa dalam perjalanan ke destinasi yang jauh. Kali ini, saya kongsikan pula resepi rempeyek yang rangup ini.
RESEPI REMPEYEK RANGUP
Bahan-bahan A (kisar) :-
1 sdb jintan manis
1 sdb ketumbar
5 ulas bawang outih
2 ulas bawang merah
Sedikit udang kering
Bahan-bahan B:-
1 kampit tepung beras
3 sdb tpg jagung
1 1/4 cwn santan pekat
2 sdb kapur
Secukupnya garam dan perasa
Bahan-bahan C:-
Secukupnya kacang tanah
Secukupnya Ikan bilis
Secukupnya Minyak untuk menggoreng
3 sdb margerin
Cara-caranya:-
- Masukkan kesemua bahan utama kedalam besen @ mangkuk besar. Tuangkan bahan kisar.
- Gaulkan sebati kesemuanya. Agak-agakkan aduan sebaiknya. Jika terlalu pekat, tambahkan santan. Jika cair, tambahkan tpg jagung.
- Masukkan 3 sdb margerin ke dalam minyak utk memnggoreng. Tuangkan adunan 1 senduk kecil. Letakkan kacang dan ikan bilis.
Selamat mencuba.
GILA KACANG |
saya suka resepi yang ada ini
ReplyDelete