AYAM BAKAR MADU |
Musim cuti sekolah sudah pun tiba... Bolehlah plan nk bercuti sekeluarga. Berpiknik pun ok jugak.. Apa hidangan yang terbaik ea.. Anda boleh mencuba nasi ayam tapi berlaukkan ayam bakar madu pula. Cubalah.. Citarasa berlainan kali ini..
Resepi ni sesuai untuk apapun bahagian ayam.. Peha, Dada dan Kepak. Resepi kali ini saya buat untuk setengah ekor ayam. Jika anda mahu buat seekor ayam, gandakan sahaja kuantiti bahan untuk resepi ini ea.. Selamat mencuba..
RESEPI AYAM BAKAR MADU
Bahan-bahan:-
Setengah ekor ayam
3 camb serbuk cili
2 camb serbuk kunyit
Secukupnay garam dan serbuk perasa
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1 inci halia (tumbuk halus)
Cara-caranya:-
- Campurkan kesemua bahan. Sebatikan dan lumurkan pada ayam.
- Tuangkan 5 camb madu dan ratakan lagi pada ayam.
- Tuangkan 3 camb minyak. Gaulkan rata. Perapkan selama 2 jam.
- Bakar pada suhu 180 selaam 45-50 minit.
10 tangkai cili padi
2 camb gula
1/2 cwn pati asam jawa
1/2 labu bwg besar didadu
Secukupnya garam dan perasa
Cara-caranya:-
- Gaulkan gula, cili dan bawang. (picitkan). Masukkan semua bahan lain.
- Gaulkan rata. Perahkan sedikit asam limau.
- Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment