Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Friday 10 April 2015

RENDANG AYAM HIJAU.. PEDAS TAPI SEDAP..

RENDANG AYAM HIJAU
      Masakan rendang berasal dari Sulawesi.  Bagaimanapun ianya telah berkembang seluruh rumpun melayu di rantau asean.Rendang ayam hijau.  Macm pelik je bunyinya.  Tapi.. Ini memang kenyataan. Kita biasa mendengar tentang rendang dari perak, Rendang negeri sembilan, rendang johor dan sebagainya. Ini pula resepi rendang ayam hijau. 

     Tidak banyak perbezaan diantara rendang ini dengan rendang yang lain, cuma ianya berwarna sedikit kehijauan, rasanya pedas manis, dan harum baunya kerana hirisan halus dan limau purut dan daun kunyit.

RENDANG AYAM HIJAU 

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam – potong ikut suka dan dibersihkan
1 paket (320ml) santan sawit KHALIS
4 cawan air
4 helai daun kunyit – dihiris kasar
3 – 4 helai daun limau purut - disiat
2 – 3 keping asam gelugor
2 batang serai - dititik
3 senduk nasi kerisik
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:
15 biji cili padi hijau
15 biji cili padi merah
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
6 batang serai – dihiris
5 biji buah keras
Air secukupnya untuk memudahkan bahan-bahan dikisar halus.

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.

2. Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam kecut

3. Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.

4. Tambah kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak (teknik mereneh).

5. Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masukkan juga beberapa biji cili padi yang dititik.  Teruskan masak sehingga rendang kering ataupun sedikit berkuah. Matikan api. Bolehlah dihidangkan.

Sumber:- Blogger


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Show comments
Hide comments

1 comment:

  1. Emmmmm sedapnya, lain sikit dan special dari rendang N9 yang lain. Bagus....

    ReplyDelete