Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Wednesday, 8 April 2015

ROTI PURI DAN KARI AYAM YUMMY...

ROTI PURI
     Roti puri ini berasal dari negara India.  Diperbuat dari tepung gandum, dileperkan, dan digoreng dengan minyak sehingga menggelembung. Enak di makan ketika panas bersama kari daging ataupun ayam.  Bagi pengamal vegetarian biasa memakannya dengan kuah dalca.
    Cara penyediaan roti ini sangat mudah. Sebelum menyediakan rotinya, masakkan dahulu kari ayam ea.  Hidangkan semasa panas..  Pasti mabeles... Selamat mencuba..

ROTI PURI

Bahan-Bahan;
21/2 Cawan Tepung Gandum
5 Sudu Besar Minyak
2/3 Cawan Air
1 Sudu Teh Yis
2 Sudu Susu Tepung
Sedikit Garam 

Cara-Cara;
1. Gaulkan tepung bersama minyak, susu tepung dan yis sehingga sebati.

2. Bancuhkan garam kedalam air dan tuang ke dalam adunan tepung tadi.

3. Uli adunan. Adunan asal agak sedikit lembik dan melekat ditangan.

4. Uli sehingga doh tidak melekit ditangan lebih kurang 5 minit.

5. Perap doh sehingga saiznya menjadi dua kali ganda.

6. Bulat-bulatkan doh menjadi bola golf kemudian canai jadi leper.

7. Goreng dengan api sederhana kuat sehingga kembung dan garing.

Tips Tambahan;

1. Pastikan doh betul-betul mengembang sebelum dibulat dan dileperkan.

2. Leperkan beberapa keping kemudian goreng. Ini bagi memastikan semua roti tu kembong gebu. 

3. Jangan leperkan semua sekali baru goreng sebab ianya akan mengakibatkan doh leper yang akhir digoreng tidak mengembong.

KARI AYAM
KARI AYAM

Bahan-Bahan:
500 gram ayam dipotong
1 senduk besar minyak masak

Bahan untuk ditumbuk halus:
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia

Bahan untuk ditumis:
1 tangkai daun kari
4 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
3 tangkai bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1/2 biji bawang dihiris nipis

Bahan-bahan lain:
1 sudu besar kerisik
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
3 sudu besar serbuk kari daging, bancuh supaya menjad pes
2 biji ubi kentang, dikupas kulit dan dipotong 4
1 biji tomato dipotong 4
1 asam keping

Cara Penyediaan:
01.  Panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau.

02.  Masukkan bahan tumbuk dan kacau seketika sehingga kekuningan

03.  Masukkan pes kari, kacau sehingga pecah minyak dan garing, tambahkan sedikit air jika terlalu kering di peringkat permulaan.

04.  Teruskan mengacau sehingga pecah minyak dan tidak hangit

05.  Masukkan ayam dan kacau sehingga 2-3 minit

06.  Masukkan kentang, santan cair, asam keping dan kerisik

07.  Masak sehingga ubi kentang empuk dan ayam betul-betul masak.

08.  Masukkan santan pekat, keluarkan asam keping sekiranya rasa masam padah kuah sudah mencukupi.

09.  Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya, Langkah terkahir, masukan tomato. 

Sumber: Blogger

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment