Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Wednesday 8 April 2015

PUDING MILO LAPIS OREO.. PENYEJUK SELERA..


PUDING MILO LAPIS OREO
     Puding milo.. Tentu tak asing lagi kedengarannya bukan... Kali ini, kita cuba olah dengan memberi sedikit kelainan.  Tambahkan perisa dengan keenakkan biskut oreo.  Bertambah mewah rasa coklatnya.  
     Terasa kerenyahan dan kerangupan dari kepingan biskut oreo. Hidangkan ketika sejuk.. Pastinya tak akan terlepas sepotong pun dari bibir anda.. Hehehe..

PUDING MILO LAPIS OREO

Bahan-bahan:-
10 gm serbuk agar-agar
750 ml air
150 gm gula pasir
3/4 cawan milo
1 tin susu cair
1 bungkus biskut oreo

Cara-caranya:-
1. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula hingga larut.

2. Masukkan susu cair dan masak lagi hingga mendidih n tutup api.

3. Bahagikan kepada 2 bahagian ( bahagian A dan B ) dan masukkan milo pada satu bahagian ( bahagian B ) dan kacau larut. Bahagian A tidak perlu dicampurkan apa-apa.

4. Masukkan sedikit adunan bahagian B dlm acuan n biarkan ia mengeras sedikit.

5. Kemudian,masukkan adunan bahagian A dan patahkan dua biskut oreo kedalamnya.Biarkan ianya mengeras.

6. Akhir sekali,masukkan baki bahagian B tadi n biarkan ia keras(beku).

7. Masukkan dalam peti sejuk.

8. Boleh dipotong dan dihidangkan.




Sumber: Blogger

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment