Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Wednesday, 8 April 2015

KEK LAPIS KASTARD JAGUNG ...TERLAJAK SEDAP...

KEK LAPIS KASTARD JAGUNG
 Pernah mencuba rasa kek lapis kastard jagung ni? Erm... Cubalah resepi ini nanti.  Memang terasa kelainannya.  Biasanya kek dibakr dan disejukkan keran disapu atau dilapisi cream.
      Akan tetapi berlainan pula dengan kek ini.  Lapisan kek span , di lapisi pula dengan lapisan kastard yang berperisa jagung yang wangi .. Memang nyata sedap...Hidangkan ketika sejuk... Peerghhh...Terbaeq..

KEK LAPIS KASTARD JAGUNG

Bahan-bahan kek span:
150 gm tepung kek
5 ml serbuk penaik - (1 camt)
150 gm gula kastor 
5 biji telur A
15 ml ovalette -(1 camb)
80 ml air perisa jagung
80 ml minyak / mentega cair 
5 ml pes jagung - (1 camt)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
01.  Panaskan oven mengikut piawaian suhu oven anda. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8", griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.

02.  Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.

03.  Perlahankan kelajuan dan masukkan air perisa jagung, pes jagung  dan sedikit pewarna kuning 

04.  Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit atau sehingga aduan kek ringan.

05.  Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan spatula  sehingga sebati.

06.  Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45minit atau hingga masak. 

07.  Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek mendap

Bahan-bahan kastard jagung:
1200 ml susu cair 
1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung Hoen Kwe warna kuning
Secubit garam
1 - 1 1/2 tsp perisa atau esen jagung
1 - 1 1/2  pewarna kuning

Cara-cara:
01.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.

02.  Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.

KEK YANG SUDAH DILAPISI KASTARD
CARA MELAPIS KEK KASTAD

01.  Sediakan loyang. Tuang sedikit kastad dan ratakan. 

02.  Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.

03.  Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.

04.  Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 

05.  Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. 

06.  Biar kastad keras. Boleh masukkan dalam peti ais juga masa ni.

07.  Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan perlahan-lahan dan keluarkan loyang dari kek kastad.

08.  Sapu kek dengan  jelly dan taburkan kelapa parut kering.

09.  Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.

Sumber: Sweet 4 ever, Niza

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment