NASI KERABU KELANTAN |
Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan.
Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Mari kita cuba resepi nasi kerabu yang sangat lazat ini...
NASI KERABU KELANTAN
Bahan-bahan-bahan Nasi
Nasi
1 Batang serai diketuk
Daun limau purut
Cara-cara:-
01. Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru.
02. Masukkan 1 batang serai ketuk dan sehelai daun limau purut.
Bahan-bahan Kuah Tumis:-
Santan (Mengikut selera kepekatannya)
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Secukup rasa Garam
Cara-cara:-
01. Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
02. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak.
Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.
Bahan-bahan Sambal Kelapa:-
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula
Cara-caranya:-
01. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
02. Gaul rata, Masukkan garam dan gula.
Bahan Ulam ulaman:-
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
- Hiris halus kesemua ulam ulaman.
Bahan Sambal Cili:-
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
Cara-cara:-
01. Tumbuk cili, cuka dan garam.
02. Tambahkan cuka. Siap.
Bahan Solok Lada:-
3 ekor iakan kembong (rebus)
7 biji cili hijau (cili solok)
1 cawan kelapa parut (putih sahaja)
3 camca besar kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh garam
1 camca besar gula
1/2 cawan santan pekat.
Cara-caranya:
1: Ikan dibuang tulang dan diambil isinya sahaja (tumbuk halus)
2: Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam ditumbuk halus
3: Kelapa parut ditumbuk tapi jangan terlalu halus
4: Gaulkan kesemua bahan-bahan yang ditumbuk tadi , masukkan gula, garam dan kerisik, gaul rata
5: Cili dicuci dan dibelah sedikit untuk keluarkan bijinya
6: Sumbatkan bahan bahan no:4 kedalam cili dan masak dengan 1/2 cawan santan pekat tadi sehingga santan tinggal sedikit tetapi jangan terlalu kering.
Bahan Lauk pauk:-
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
CARA MENGHIDANG NASI KERABU KELANTAN
01. Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.
02. Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
03. Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
Sumber; Blogger
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment