Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Wednesday, 8 April 2015

KHASIAT DAN PETUA DARI SEPOHON POKOK BUNGA...

MAWAR UNGU
 PETUA DAN KHASIAT DARI SEPOKOK POHON BERBUNGA.

     Pokok bunga tidak dapat dipisahkan dari fitrah wanita.  Bunga berbagai warna dan aroma dapat memberi ketenangan fikiran dan merupakan terapi pada minda, deria bau dan pengelihatan serta digunakan untuk mandian dan urutan di spa kecantikan..

     Disamping itu, banyak kebaikan dapat diambil dari kegunaan sepohon pokok yang datangnya dari bunga, buah, biji, getah serta daunnya.

Khasiat bunga mawar
1. Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa. 

2. Meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti -depressi)

3. Menenangkan ketegangan saraf dan emosi.(menenangkan perasaan)

4. Merawat ulser perut

5. Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu

6. Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka ,terbakar , ruam dan ekzema.

7. Merawat jangkitan pada mata.

8. Meredakan sakit tekak

9. Merawat infeksi pundi kencing

10. Memberi kesan penyejukan pada badan – merawat demam dan selsema.


MAWAR KUNING
11.Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda)

12.Membuka penutupan pada saluran bronkial (paru-paru)

13.Membantu proses penghadaman

14.Mengekalkan kesihatan usus

15.Mengandungi bahan pengantioksida – Flavonoid yang dapat menentang kanser dan penyakit kardiovaskular.

16.Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi seperti pesakit osteoarthritis.

17.Melancarkan kitar haid dan masalah rahim.

18.Mengandungi vitamin A ,B3, C, D dan E.

19.Merawat cirit-birit

20.Menghilangkan keletihan

21.Menghilangkan sakit kepala dan pening


DAUN BUNGA RAYA
Daun bunga raya
- Menurunkan panas badan

1.  Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.

2.  Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.Membuang tahi lalat hidup.


BUNGA RAYA JINGGA



GETAH POKOK KEMBOJA
Getah pokok kemboja

1.  Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.


BUNGA KEMBOJA MERAH JAMBU


2.  Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.


BUNGA KEMBOJA PUTIH


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment