Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Wednesday 8 April 2015

PUDING TRIFLE BERBAGAI RASA...

PUDING TRIFLE
      Puding ini merupakan dessert gabungan antara kastard, kek swiss roll, jelly juga buahan-buahn didalam tin.  Amat mudah membuatnya. Lazat pula rasanya.  Semua rasa didalam satu, manis, masam, kenyal dan rasa buahan campuran didalam tin.  
     Sesuai dinikmati ketika sejuk. Dihidangkan bersama segelas jus oren.  Dessert yang sesuai untuk sebarang majlis.  Selamat mencuba..

TRIFFLE PUDING

Bahan kastard:-
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

Bahan jelly:-
1 peket serbuk jelly kristal

Bahan lain:-
Secukupnya kek swiss roll - potongkan
1 tin besar buah-buahan koktel, ditoskan, asing jusnya
Jus dari buahan koktel tadi

Cara membuat:-
A)  UNTUK KASTARD :- 
01.  Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. 

02.  Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketepikan.

B)  UNTUK JELLY :-
01.   Sediakan jelly mengikut proses dibelakang kotaknya. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

C) UNTUK TRIFLE :- 
01.  Sediakan bekas sesuai, potong kek swiss roll tadi dan susun serta padatkan.

02.  Basahkan bahagian atas kek swiss roll  tadi dengan jus buah koktel. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.

03.  Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur             baki buah2 tadi, rata.

04.  Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam               gambar.  Taburkan lagi buah-buahan ke atasnya.

05.  Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...

Sumber: Blogger

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment