Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Friday, 10 April 2015

PETUA SEHARIAN DIRUMAH..

LUKA MELECUR
Ketika  didapur, kita haruslah lebih berhati-hati.  Berbagai kemalangan kecil atau besar mudah sahaja berlaku seandainya kita lalai dan leka.  Ini kerana didapur terdapat air panas, minyak panas dan perkakasan panas bersuhu tinggi  yang boleh membuatkan kita mengalami kemalangan kecil.
     Disamping penyediaan kotak kecemasan, kita juga perlu tahu serba sedikit mengenai petua tradisional untuk menyelamatkan keadaan atau pun meredakan kesakitan.  Selamat mencuba petua ini..

PETUA AMALAN SEHARIAN DIRUMAH..

PETUA MERAWAT LECUR AKIBAT MINYAK DAN AIR PANAS
-  Cubalah rawat kulit melecur tersebut dengan mana-mana ikhtiar petua di bawah:

1. Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.

2. Oleskan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering oleskan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

3. Tepek kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4. Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.

5. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

6. Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.

7. Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam.  Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.


TERTUSUK DURI

PETUA MERAWAT TERTUSUK DURI

1. Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.

2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.

TERCEKIK TULANG
PETUA TERCEKIK TULANG

1. Nasi atau pisang :
Kepal-kepalkan nasi atau pisang dan terus telan. Sebaiknya baca bismilah dan 3 qul dan bertawakal sambil makan pisang atau nasi kepal.

2. Madu :
Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akam terkeluar.

3. Air basuhan tangan kita :
Caranya cuci tangan bersih dan ambil air masak dan basuh tangan anda menggunakan air tersebut dan minum semula air yang basuh tangan tu. InsyaAllah mujarab dengan izin Allah.

4. Minyak masak :
Celupkan jari telunjuk dengan minyak masak, sapukan pada dubur. Rasa tercekik tulang akan beransur-ansur reda.

Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital. 
Selamat mencuba.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment