Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Friday 10 April 2015

KERABU MANGGA MABELES..

KERABU MANGGA MUDA
Kerabu mangga merupakan masakan berasal dari Thailand.  Ianya juga terkenal di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.  Ianya enak dimakan begitu sahaja atau sebagai hidangan sampingan.

     Kerabu ini diperbuat dari mangga muda dihiris halus, bersama bawang, tomato cili, kacang tumbuk dan ditambah perisa dengan sos ikan dan perahan jus liamu.  Rasa masam, masin, manis menjadi satu... Wallah...

KERABU MANGGA

BAHAN-BAHANNYA :-
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang disangrai , buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
Beberapa helai daun salad, cuci dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-
01.  Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya.

02.   Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.

03.  Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. 

04.  Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 

05.  Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan tabur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. 

06.  Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Show comments
Hide comments

1 comment: