Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday 28 March 2015

TALAM LAPIS LABU LEMAK LAZAT...

TALAM LAPIS LABU
Apabila cuti sekolah sahaja, Banyaklah undangan menghadiri majlis kenduri..  Masa itulah boleh kita nikmati berbagai jenis juadah kuih-muih.  Salah satu darinya kuih talam.  Kali ini, kita cuba talam lapis labu.  
   Labu lemak manis digandingkan dengan rasa lemak santan.  Minum bersama secawan teh. Errmmm... Rehatkan minda. Jangan lupa mencuba..

RESEPI TALAM LAPIS LABU

Bahan A:
2 cawan air
1 1/4 cawan gula
1/2 tsp garam
2 helai daun pandan di simpul

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air

Bahan C:
1/2 cawan santan pekat

Bahan D:
1 cawan labu ( direbus dan lecek )
1 sudu besar pewarna kuning 

Cara-caranya:
1. Masak bahagian A hingge gula larut. Ketepikan dulu.

2. Dalam mangkuk lain sebatikan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A ke dalam B.

3. Satu bahagian di masukkan bahan C ( santan ) dan satu lagi bahagian masukkan bahagian D ( labu ) 

4. Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya dapat same banyak lapisan nye.


Cara memasak kuihnya:
1. Panaskan kukusan .

2. Masukkan adunan labu ke dalam loyang yang telah di alas plastik dan kukus selame 7 minit.

3. Lapiskan pula adunan santan dan kukus selama 7 minit.

4. Ulang sehingge habis 6 lapisan dan lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit.

5. Bile kuih talam masak biarkan sejuk dahulu barulah di potong menggunakan pisau plastik.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!! 

No comments:

Post a Comment