CREAM PUFF CREAM JAGUNG |
CREAM PUFF CREAM JAGUNG
Bahan-bahan :
100 gm butter
170 gm air
140 gm tepung gandum
250 gm telur (anggaran 4 biji telur saiz A)
sedikit vanilla
gula
garam
Cara Membuat:
1. Didihkan air bersama butter,garam,gula dan vanila. Perlahankan api.
Masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan.
2. Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit. Masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit.
Adun hingga sebati.
3. Paipkan adunan menggunakan piping beg dgn acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak. Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya. Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus/garing nanti.
4. Sebelum dibakar spray dahulu permukaan puff tu dengan air....bakar hingga masak.
Peringatan:Oven mesti dipanaskan terlebih dahulu .
Bahan Intinya:
415 ml susu segar
5 biji kuning telur
25 gm tepung jagung
100 gm gula
2-3 sudu makan cream jagung
sedikit vanilla
Cara Membuat:
1. Pukul sebentar telur kuning dengan gula dan masukkan semua bahan kecuali cream jagung,tapiskan.Kacau atas api hingga separuh pekat.
2. Masukkan jagung cream. Terus mengacau batter ini sehingga pekat dan berkilat.Sejukkan dan boleh dipaipkan ke dalam puff.
3. Siap untuk dihidangkan.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Selamat mencuba!!!
saya nak share. terima kasih
ReplyDeletesaya nak share. terima kasih
ReplyDelete