Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday, 28 March 2015

BUBUR CHA CHA LAZAT BERKRIM

BUBUR CHA CHA
Anda sedang memikirkan juadah apa untuk dihidangkan petang ini?  Apa kata anda cuba resepi bubur cha-cha ni.  Lemak Manis, warna warni,  Campuran keledek, keladi, pisang, tepung cha cha, jagung dan sagu.  Sedapnya makan semasa panas... Jangan lupa mencuba ea...

Resepi Bubur Cha Cha

Bahan- bahan:-
2 biji ubi keledek
1 biji keladi 
1/2 cawan tpung cha cha berwarna warni ( merah,hijau,putih)
1/2 cawan sagu mata ikan dibersih dan ditoskan
1/2 tin jagung manis 
Santan dari setengah biji kelapa
1 setengah cawan gula putih
Setengah cawan gula perang
2 helai daun pandan

Cara menyediakan:
1. Potong dadu keledek dan keladi

2. Rebus bersama tepung cha cha sehingga empuk.

3. Kemudian, masukkan sagu mata ikan sehingga sagu kembang.

4. Masukkan santan secukupnya.

5. Masukkan secubit garam dan 2 helai daun pandan.

6. Masak sehingga mendidih dan boleh dihidangkan.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!
Show comments
Hide comments

1 comment:

  1. sedapnya..nk cuba resepi inilah.terima kasih, jemput singgah blog saya juga :
    http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    ReplyDelete