Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday, 28 March 2015

ORANGE CHIFFON CHEESECAKE LEMBAB MENYELERAKAN..

ORANGE CHIFFON CHEESECAKE
Kek chiffon.  Kelembutan kek chiffon dan aroma orange ni sememangnya amat menusuk kalbu.  Harum semerbak seisi rumah dengan keharuman orange ketika membakar kek ini. Setiap potongan terasa nikmat, masam manis berlemak chesse .  
Hidangkan bersama segelas jus oren sejuk.  Peergghh.... Memang mabeles...
Jom cuba resepi ni....

ORANGE CHIFFON CHEESECAKE

Bahan A:
40g cream cheese
60g susu segar
25g butter

Bahan B:
65g tepung gandum

Bahan C:
4 biji kuning telur
1 biji parutan kulit oren, optional

Bahan D:
4 biji putih telur
100g gula kaster
Secubit garam
1/8 sk cream of tartar

Cara-caranya:
1. Masak bahan A atas double boiler hingga cair & pekat.

2. Alihkan & masukkan bahan B, gaul rata.

3. Masukkan bahan C, gaul lagi.

4. Kemudian, pukul bahan D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan dengan adunan (langkah 3 ) tadi hingga sebati.

5. Tuang kedalam loyang chiffon bersaiz 9'. Jangan griskan loyang.

6. Bakar pada suhu 175C selama 35-40 minit. Segera terbalikkan loyang apabila kek sudah masak & sejukkan sepenuhnya baru keluarkan kek dari acuan.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!! 

No comments:

Post a Comment