BLUEBERRY CREPE |
Mudah sahaja membuatnya. Berbaloi jika membuat sendiri. Puas makan . Jika diluar ianya dijual biasanya dengan harga RM 10.00 - Rm 15.00 setiap 5 biji. Jangan lupa mencuba ea..
BLUEBERRY CREPE
Bahan-bahan Adunan Crepe:-
3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
4 sudu besar rata tepung kastard
4 sudu besar rata tepung jagung
2 sudu besar rata tepung ubi
3 biji telur-di kocok2 je
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar gula halus
1/4 sudu teh garam
250 ml susu cair- suhu bilik
1 sudu besar mentega cair/minyak masak
Pewarna purple- optional
Cara-cara:-
01. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis.
Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
02. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana,
sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
03. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis.
Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
04. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
TIPS:-
- Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
- Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
- Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Bahan utk Inti:-
1 cawan non dairy whip cream
Blueberry filling secukupnya
Cara-caranya:-
01. Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
02. Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.
Cara Penyediaan blueberry crepe:
01. Kepingan crepe ~ secukupnya.
02. Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan).
03. Blueberry filling- secukupnya.
04. Letakkan sekeping crepe.
05. Letakkan non dairay whip cream di atasnya.
06. Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling.
07. Tutup kembali denga non dairy whip cream.
08. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
09. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment