Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday, 28 March 2015

PETUA MEMBERSIHKAN MICROWAVE

MICROWAVE
Microwave merupakan sebuah alatan dapur elektrik yang amat diperlukan di zaman serba canggih ini.  Fungsinay untuk mempercepat waktu memasak serta memanaskan hidangan untuk dimakan dengan segera. Contohnya pizza. Jika tidak dibersihkan dengan betul, 
     Microwave akan berbau busuk kerana bau, wap dan haba semasa anda menggunakannya. Tentunya tidak enak untuk memakan pizza berbau ikan bakar, ataupun kek berbau daging. Hehehe...  Mari cuba petua ringkas ini.

PETUA MEMBERSIHKAN MICROWAVE
01.  Untuk menghilangkan bau microwave, masukkan segelas air ke dalam mangkuk tahan panas bersama 3 sudu perahan lemon. 
       Masukkan ke dalam microwave dan didihkan selama 10 minit.  Tutup suis dan biarkan dalam microwave sehingga sejuk.  Kemudian keluarkan mangkuk berkenaan. Lap bahagian dalam microwave dengan air berkenaan dengan spanlembut.

02.  Bersihkan penutup microwave dengan span yang telah span yang telah dibasahkan dengan sedikit perahan lemon. 
     Untuk kotoran kecil, renjiskan jus perahan lemon pada sekitar bahagian berkenaan.
Biarkan selama setengah jam. Taburkan sedikit baking soda ke atasnya. Gosok perlahan dengan kain. Bilas dengan kain lembab dan keringkan dengan kain kering.

03.  4 sudu teh ( 20ml ) esen vanilla dan 1 mangkuk air. 
Campurkan bahan tadi dan masukkan dalam microwave.  Panaskan microwave 5 minit suhu high. Bila sudah berhenti keluarkan magkuk tadi.  Kemudian lap dengan kain lembut dan bersih.

04.  5 sudu teh baking soda dan semangkuk air. 
Campurkan bahan tadi dan masukkan dalam microwave.  Panaskan microwave 6 minit suhu high. Bila sudah berhenti keluarkan mangkuk tadi.  Lap dengan kain lembut dan bersih.

05.  5 sudu teh sabun pencuci (liquid dish soap) dan 1 mangkuk air.
Campurkan bahan tadi dan masukkan dalam microwave. Panaskan microwave 3 minit suhu high.  Bila sudah berhenti keluarkan mangkuk tadi. Ambil span bersih basahkan dengan air dan perah span tadi.  Kemudian lap microwave tadi dengan span lembab.

P
/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment