Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday, 28 March 2015

KEK CHOCOLATE PISANG BERGANACHE MEWAH..

KEK CHOCOLATE PISANG BERGANACHE
Sekali lagi kita bereksperimentasi dengan kek chocolate.  Cuma kali ini kita beri kaelainan dengan menggabingkannya dengan pisang.  Pasti anda teruja bukan... Gabungan chifon kek yang gebu, filling dan ganache... Pasti memikat selera.  Tak rugi mencuba kek ala-ala secret recipe ni..  Hehehehe...

KEK CHOCOLATE PISANG BERGANACHE

Kek chocolate chiffon
Bahan A:
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B:
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Kek Filing
Bahan-bahan:
400ml whipping cream (manis)
100gm coklat masakan (dicair secara double boil)
1 1/2 tsp serbuk kopi segera/nescafe(larut dgn 1 tbsp air panas)
1 tbsp gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
6 biji pisang berangan (dihiris nipis)

Coklat Ganache/Frosting
Bahan-bahan:
140ml UHT whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan
1 tbsp mentega (optional)

Cara-cara membuat kek chiffon:-
01)  Panaskan oven pada suhu 180C. Atau mengikut kesesuaian suhu oven anda.

02)  Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.

03)  Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.

04)  Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. 
Tuang ke dalam loyang 8" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.

05)  Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 atau 4 lapisan.


Cara-cara membuat Kek Filing : 
01)  Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. 
Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan kopi dan gelatin, pukul hingga sebati.

02)  Sapu krim filing di permukaan kek, atur hirisan pisang dan sapu krim lagi menutupi hirisan pisang tadi. 
Buat yang sama untuk semua lapisan.

03)  Apabila habis, sapu nipis krim keseluruh kek, masukkan di dalam peti sejuk (30 minit).

Cara-cara Coklat Ganache : 
01)  Panaskan whiping cream secara double boiler.

02)  Masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga cair.
Biarkan sejuk pada suhu bilik. 


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment