MIHUN GORENG SINGAPURA |
Cuma berbeza warna kerana mihun singapura tidak menggunakan pes cili kering. Hanya menggunakan serbuk lada hitam. Ianya juga berwarna putih. Enak dihidang ketika bersarapan pagi bersama secawan nescafe. Selamat mencuba.
MIHUN SINGAPURA
Bahan-bahan:
1 peket mihun - rendam sehingga mihun menjadi lembut
200gm udang , dibersihkan
200gm isi ayam
10 biji bebola sotong- boleh tukar dengan bahan lain
1 biji karot saiz besar
200 grm taugeh
1 ikat kucai-dibersih dan potong
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu besar serbuk lada hitam - boleh tambah
3 sudu sos tiram-boleh tambah
Secukupnya garam dan perasa
Sedikit air
Cara-cara:
01. Mayang halus semua bawang dan bersihkan udang , ayam dan bebola sotong dipotong kecil-kecil .
02) Bersihkan carrot dan kucai dipotong ikut pada citarasa .
03) Potong tauhu menjadi ketulan kecil serta digoreng sehingga agak garing , angkat dan tos serta ketepikan dulu.
04) Dalam kuali panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang.
05) Masukkan isi ayam kacau sehingga isi ayam masak kemudian masukkan udang serta terus kacau sampai udang masak.
06) Masukkan karrot tadi dan kacau sekejap kemudian masukkan semua telur serta kacau semua bahan bagi sekata.
06) Masukkan sos tiram , serbuk lada hitam , garam dan perisa.
07) Kemudian masukkan semua mihun dan jika mihun kelihatan agak kering tabur-taburkan sedikit air ke atas mihun tu .
08) Akhir sekali masukkan semua taugeh/kucai serta terus kacau kemudian masukkan tauhu goreng tadi dan kacau sehingga semua bahan sekata . Jika masih ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada citarasa masing-masing.
09) Tutupkan api dapur bila bihun dah masak. Sedia untuk dihidang.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Selamat mencuba!!!
seda sis tq share resepi
ReplyDelete