Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday, 28 March 2015

BERGEDIL KENTANG LAZAT ...

BERGEDIL KENTANG
Ianya merupakan hidangan sampingan yang biasa dihidang bersama soto atau bakso.   Ada juga yang menambahkan ayam kisar atau daging kisar. Tak kurang juga ada yang mencampurkan dengan isi perut ayam seperti hati, jantung dan pedal ayam.  

Apapun.. Ianya memang lazat.Jangan lupa try ea...

BERGEDIL KENTANG

Bahan-bahan:-
1 kg kentang potong kiub
5 biji Bawang merah dihiris
3 ulas Bawang putih cincang 
3 btg sup secukupnya
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt serbuk buah pala
I sdm serbuk pati ayam
2 biji Telur 
Garam halus secukupnya

Cara-caranya:-
01.  Rebuskan kentang dengan sedikit garam, setelah masak, angkat, toskan  dan lecekkan.

02.  Goreng bawang merah dan bawang putih sampai kuning. Tumis juga daun sup. Campurkan dalam kentang, tambahkan, 2 kuning telur, serbuk lada putih ,serbuk buah pala ,serbuk pati ayam ,dan garam halus sesuai selera, dan dikacau rata.

04.  Untuk variasi boleh juga ditambah kisaran ayam @ daging.

05.  Bulat-bulatkan campuran kentang berbentuk bergedil.

06.  Sebelum digoreng, celupkan pada 2 putih telor  telur yang telah dikacau sebentar.

07.  Goreng hingga berwarna kuning kecoklatan. Sedia untuk dihidang bersama soto atau bakso.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi sheila rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment