Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday, 28 March 2015

PAVLOVA MANIS MEMIKAT..

PAVLOVA
Dessert dari barat yang popular sedikit masa lalu.  Meringue manis gebu di dalam crispy diluar.  Berpadu pula dengan rasa buahan segar citrus masam seperti anggur, kiwi, peach dan anggur.  Memang menepati citarasa penggemar dessert barat.  Bukan sahaja dihidang seperti sebiji kek, malahan di buat versi mini didalam muffin paper dan paper cup.   
         Apapun..rasanya sama je.  Cume memudahkan..  Bite size...  Penyediaan mudah dan ringkas.  Begitu juga juga buahan untuk hiasan.  Segar dan berkhasiat.  Selamat mencuba..

PAVLOVA 

Bahan-bahan:-
4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor 
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan:-
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus 
1/2 sudu teh esen vanilla
Potongan buah strawberry, kiwi, anggur, markisa dsb (buah masam)

Tip sebelum membakar:-
A)  Ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. 

B)  Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. 

C)  Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk. 

D)  Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. 

Cara-caranya:-
01.  Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan.

02.  Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.  Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. 
Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

03)  Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat.   Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk.

04)  Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

05)  Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.

06)  Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

07)  Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.

08)  Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. 


Masa membakar :
1. Panaskan oven mengikut sushu oven anda 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas.

3. Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. 
Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja.
Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. 
Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik bag. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong.  Untuk lebih menarik, hiaskan dengan buah-buahan yang memberikan warna yang menarik.  Kalau hias awal sangat nanti takut kek pavlova tu berderai.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment