Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday 28 March 2015

AGAR-AGAR LAPIS MILO MABELES

AGAR-AGAR LAPIS MILO
Anda penggemar chocolate?  Tentu saja anda sukakan milo bukan.... Penyejuk tekak adalah puding ataupun agar-agar.  Sesuai dinikmati ketika cuaca panas sekarang ni.  Kombinasi rasa milo dan susu cair.. Rasa seperti minum secawan Milo.  Mari cuba dessert ringkas tetapi sedap ni..  Selamat mencuba..

AGAR-AGAR LAPIS MILO

Bahan - bahan :
1 bungkus atau 25 gram agar-agar tali
6 cawan atau 1200ml air
1 tin susu cair
1 1/4 cawan gula pasir (ATAU 1 cawan jika anda suka kurang manis)
1/3 cawan serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan

Cara-caranya:-
01)  Basuh agar-agar kering. Masukkan air dan rendam selama 5 minit. Panaskan api dan masak agar-agar sehingga cair dan tidak berketul.

02)  Masukkan gula dan daun pandan yg dicarik dan disimpul. Apabila gula sudah cair, masukkan susu cair dan kacau sebati.

03)  Bahagikan cecair agar-agar kepada nisbah 3 bahagian untuk perasa milo dan 1 bahagian perasa susu.

04)  Untuk perasa milo, masukkan serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan whisk sehingga sebati.

05)  Tuang dalam bekas dan masukkan agar-agar milo di dalam peti ais sehingga permukaan membeku.

06) Untuk bahagian susu, masukkan garam dan kacau sebati. Cakar bahagian permukaan agar-agar milo supaya lapisan atas melekat.

07)  Tuang bahagian susu di atas lapisan milo dan sejukkan kembali di dalam peti ais.

08)  Apabila beku dan sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment