Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday, 28 March 2015

SOTO BANDUNG POWER...

SOTO BANDUNG
SOTO...  Mendengar namanya sahaja, Kita tentunya sudah tahu.  Hidangan hirisan ayam atau daging, bersama kuah sup segar dan nasi impit.  Dihias dan diperlengkapkan dengan daun sup, daun bawang, kacang goreng, suhun goreng, hirisan kobis dan bergedil kentang.            Resepi ringkas yang lazat dan menyegarkan.  Ada bebagai versi mengikut daerah, kali ini kita cuba soto bandung ea.  

SOTO BANDUNG

Bahan-bahan:-
500 gr daging lembu direbus dan hiris nipis
200 gr baby carrot, kupas, potong bulat, belah 2
1 biji kiub daging
2 sdm minyak
5 ulas bawang putih, haluskan
1 btg serai, titikkan
2 cm halia, tiitkkan
2 liter air
1 sdt garam
½ sdt serbuk lada sulah
50 gr kcg soya, rendam hingga mengembang, goreng kering
1 btg daun bawang
1 btg sup
2 sdm bawang goreng

Bahan Pelengkap :

cili potong

Kcap manis

Limau nipis

Cara-caranya :
01.  Rebus daging lembu dengan air, masukkan garam, halia, dan serai hingga daging empuk. Angkat daging, potong dadu nipis. 

02.  Tumis bawang putih hingga harumm masukkan kiub daging. Tambahkan serbulk lada sulah, masak hingga mendidih. Masukkan lobak, masak sebentar, matikan api.

03.  Siapkan mangkuk, isi daging sapi dan taburan kacang soya. Siram dengan kuah panas. Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan bersama kicap, limau nipis dan potongan cili.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment