Setiap pasangan mempunyai cara yang tersendiri untuk memperKenalkan bayi mereka kepada orang ramai dan peminat . Begitu juga dengan Fizz Fairus dan Almy Nadia yang baru saja menyambut Kelahiran anak sulung mereka baru-baru ini .
Menurut sumber, pasangan selebriti ini telah menamakan puteri sulung mereka dengan nama Nur Afrina Ariana yang membawa maksud cahaya putih kemerah-merahan yang penuh kesejahteraan. Nur Afrina Ariana dilahirkan pada 16 Februari lalu di Hospital Columbia , Setapak kira-kira jam 6.49pm dengan berat 3.25 kilogram . Penuh makna sungguh nama anak pertama pasangan ini dan sudah tentu para peminat semua sudah tidak sabar untuk melihat wajah bayi comel ini bukan?
Namun buat masa kini , Fizz masih lagi belum mahu memuat naik gambar bayi mereka dan hanya akan berbuat demikian setelah berusia 40 hari . Buat pengetahuan semua semenjak Almy Nadia selamat melahirKan cahaya mata, rumah mereka tidak putus-putus menerima tetamu yang hadir untuk melihat sendiri kecomelan bayi Fizz dan Almy sekaligus memberikan ucapan tahniah kepada pasangan ini .
Diantara artis dan tetamu yang sempat hadir ialah Datin Umie Aida, Lan Kristal, Elly Mazlein, dan juga penceramah bebas Ustazah Norbaiyah bersama suami . Tahniah diucapkan Kepada Fizz dan Almy Nadia dan semoga dengan kehadiran baru di dalam keluarga ini bakal menceriakan mereka sekeluarga hendaknya . erafm Sinar Harian
No comments:
Post a Comment