Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Tuesday 3 March 2015

PETUA ISLAM SEKIRANYA ANAK MENANGIS MALAM


TANDA-TANDA SEKIRANYA ANAK MENANGIS MALAM 

Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanaK-kanaK itu menangis akibat gangguan seperti yg dijelaskan , bukan disebabkan akibat luaran .


1. Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata . Keadaan ini jarang berlaku pada mereKa yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa . Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang amat sangat .

2. Kanak-kanak ini Kadang-Kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula . Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah Kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan Kiri .

3. Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi Kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

4. Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

5. Sering terjadi pada anak-anak Kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresaK-esak yang disertai dengan tariKan nafas yang tersekat-sekat.

PETUA ISLAM SEKIRANYA ANAK MENANGIS MALAM

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilaKukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini. Di antaranya ialah:

Dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anaK. LakuKan sebanyak 3 kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga Kanannya dan iqamah di telinga kiri . Lakukan sekali ataupun 3 Kali .

No comments:

Post a Comment