Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Wednesday 4 March 2015

Kuih Kaswi Pandan Resepi


Bahan bahan Kuih Kaswi Pandan:


  • 2/3 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan)*
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur - guna 1/2 sudu kecil
  • Sedikit pewarna hijau


Cara cara Buat Kuih Kaswi Pandan:

Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga gula larut serta mendidih . Ketepikan .

Dalam periuk lain, satukan semua bahan diatas kecuali air gula dan digaul rata . Setelah bergaul rata , baru dituangkan air gula dan kacau rata .

Masak atas api perlahan dan kacau sehingga hampir likat . Jangan pekat sangat . Masukkan dalam loyang atau bekas kaca dan kukus selama 20 minit . Sis kukus selama 25 minit .

Hidang dengan parutan kelapa parut muda putih digaul dengan sedikit garam . Sinar Harian.

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)

No comments:

Post a Comment