KOTA BHARU - Skuad Hisbah ditubuh di bawah Jabatan Pembangunan MPKB-BRI, Tujuannya adalah memantau pemakaian tidak tutup aurat peniaga di premis pasar raya, malahan juga peniaga pasar malam.
Sejak 2014, mereka telah mengeluarkan 500 kompaun untuk premis dan 500 saman lagi untuk kesalahan kelakuan tidak senonoh atau pergaulan bebas atau maksiat di kawasan taman rekreasi. Menurutnya ketika operasi tutup aurat di persekitaran pasar raya di Kubang Kerian, kelmarin.
“Tidak tutup aurat dan berkelakuan tidak senonoh di hadapan khalayak memang tidak menepati ciri mereka beragama Islam di bandar Kota Bharu. Sebab itu kami beri peringatan kepada mereka, bukan menghukum.”
Itu penerangan Ketua Operasi Skuad Hisbah Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Shaifful Nizam Mohd Mukhtar semasa Operasi Tutup Aurat MPKB-BRI, kepada Sinar Harian.
Shaifful Nizam berkata, menjadi dasar kerajaan negeri membangun bersama Islam, justeru, operasi berkenaan dilakukan serentak di tiga lokasi tumpuan di kawasan bandar, pasar raya, perumahan dan taman.
Kompaun maksimum RM500 dikenakan kepada mereka yang ingkar dan jumlah bayaran itu masih mempunyai pertimbangan atas budi bicara dengan pihak premis atau pesalah terbabit. Sekiranya kompaun tidak dibayar dalam tempoh tujuh hari, MPKB-BRI akan mengeluarkan peringatan kepada premis, kemudian mengeluarkan surat, malah jika kesalahan berulang, tindakan lebih berat akan dikenakan termasuk tidak dibenarkan memperbaharui lesen.
Tumpuan operasi tutup aurat ini adalah golongan remaja. Golongan ini dinasihatkan supaya menjaga tingkah laku di khalayak sebagai menghormati Kota Bharu Bandaraya Islam.
Sumber: Harian sianr
No comments:
Post a Comment