TART STRAWBERRY MINI |
RESEPI TART STRAWBERRY MINI
BAHAN-BAHAN:
175gm tepung gandum
250gm mentega
80gm lobak merah | diparut
25gm tepung kastard
120gm gula kastor
2 biji telur
¾ sudu teh esen vanila
500ml susu segar
Buah strawberi segar secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kulit tart, gaulkan tepung gandum bersama mentega sehingga sebati. Rehatkan doh selama sejam di dalam peti sejuk.
2. Apabila doh telah sedia, terap menggunakan acuan tat dan bakar selama 25 minit pada suhu 200’ C. Ketepikan seketika.
3. Untuk inti, masukkan kesemua bahan kecuali strawberi di dalam periuk dan didihkan sehingga menjadi pekat. Sejukkan.
4. Sudukan inti ke dalam kulit tat dan hiaskan dengan hirisan buah strawberi. Sejukkan seketika & sedia untuk dinikmati.
Selain strawberi, boleh juga menggunakan buah-buahan lain seperti kiwi, mangga, blueberi ataupun ceri.
SELAMAT MENCUBA....
Sumber: resepi lauk pauk kuih muih
No comments:
Post a Comment