IPOH - Hilang semangat selepas pergelangan tangan kanan menjadi kudung, Itulah takdir yang diterima Muhd Firdaus Eswan, 23, yang ditimpa kecelakaan di tempat kerjanya pada 5 Disember tahun Belaiu juga terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran.
Bagaimanapun, tangan mekanikal atau bionik disumbangkan seorang guru, Sujana Mohd Rejab memberikan sinar baharu kepadanya. Ibarat mati hidup semula.
Muhd Firdaus berkata, ketika kejadian, dia sedang membaiki mesin di sebuah kilang. Secara tidak sengaja tangan kanannya termasuk ke dalam mesin tersebut dan menyebabkan pergelangan tangan terputus.
Dia kemudiannya meluru ke pejabat dan segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Semasa itu beliau merasa seolah sudah hendak meninggal dan sempat mengucap dua kalimah. Dia bersyukur kerana hanya tangan sahaja yang terkena mesin. Menurutnya, selepas kejadian tersebut, semangatnya pudar kerana kekurangan dirinya.Bagaimanapun, tangan mekanikal atau bionik disumbangkan seorang guru, Sujana Mohd Rejab memberikan sinar baharu kepadanya. Ketika ini dia masih cuba untuk menyesuaikan diri menggunakan tangan mekanikal disumbangkan Sujana dan mengambil masa memulakan segala rutinnya menggunakan tangan kiri.
Menurut Sujana, tangan mekanikal tersebut menggunakan teknologi pencetak 3D Biasanya seseorang itu memerlukan tempoh antara satu hingga tiga bulan untuk membiasakan diri menggunakan tangan berkenaan.
Masih ada 50 senarai menunggu untuk mendapatkan tangan mekanikal ini. Dalam masa terdekat perbincangan akan diadakan dengan syarikat dari Jepun yang dimiliki anak tempatan untuk menambah baik ciptaan ini.
Sebelum ini Sujana turut menghadiahkan tangan bionik kepada dua kanak-kanak, Muhammad Muqri Mifzal Rhemi Rizal, 8, dan Ainaa Amanda Shahzali, 7.
No comments:
Post a Comment