Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Thursday, 12 March 2015

GEMPAR!!! 6 HIDANGAN PALSU DI CHINA

Tentunya ramai yang mengetahui tentang makanan tiruan yang dewasa ini beritanya menjadi viral di alam maya.  Makanan ini dicipta oleh golongan tidak memikirkan kemudaratan pada orang lain.  Yang perlu keuntungan .  Kebanyakkan makanan ini dicipta datangnya dari negara China. 
Berikut merupakan contoh 6 jenis makanan tiruan :-
Kacang walnut palsu
- Kacang walnut yang asli  dikeluarkan dan diganti dengan konkrit yang dibalut kertas agar lebih kemas kemudian dimasukkan ke dalam kulit kacang walnut yang asli dan digam.


Madu lebah palsu 
- Madu palsu ini terhasil dari campuran air gula, manisan malt, sirap jagung atau beras, jaggery (sejenis gula yang tidak bertapis), pemanis barley malt atau bahan tambahan lainnya dengan hanya sedikit madu.Ia dipasarkan meluas melalui India ke U.S.


Daging lembu palsu
- Daging palsu ini hasil dari campuran daging ayam dan babi yang kemudian diperap selama 90 minit dengan sedikit daging lembu gred tinggi. Bahan perapan yang digunakan ini boleh meracun organ dalaman manusia dan boleh membawah penyakit kanser.


Beras palsu
- Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek. Beras ini nampak asli tetapi bila dimasak ia kelihatan kenyal dan keras."Makan tiga mangkuk beras palsu ini seperti makan satu beg plastik," kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina.


Telur palsu
- Ia terdiri daripada bahan kimia, asid alginic, kalium, kalsium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air.Telur ini direbus dalam air kencing kanak-kanak lelaki (mendapatkan warna) dan kulit telur dibuat dari kapur. Memakan telur palsu secara berterusan boleh menyebabkan kehilangan memori dan demensia.


Pau kitar semula
- Beberapa kedai runcit telah dituduh menghantar pau yang telah tamat tempoh kembali kepada pembuat mereka, Shanghai Shenglu Food Company, di mana pau  basi ini akan dikitar dengan cara memasukkannya dalam campuran tepung, air, pewarna makanan kuning yang haram dan pemanis tiruan. Pau kemudian dipakej semula dan dijual sebagai pau baru.

No comments:

Post a Comment