Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Tuesday, 6 January 2015

CARA-CARA MEMBUAT MEE KUNING


BAHAN-BAHAN :

4cawan tepung gandum
1cawan air
1biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

CARA :

1. Air, garam dan pewarna dikacau sebati.
2. Pecahkan telur ke dalam tepung.
3. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh.

LANGKAH DEMI LANGKAH :

1. Doh mee kuning.
2. Bulatkan menjadi beberapa bahagian kecil.
3. Bentukkan memanjang.
4. Leperkan doh dengan menggunakan tangan.
5. Gelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing).
6. Buat hingga selesai.
7. Gelek pula no.5 / no.6.
8. Sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain.
9 & 10. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting.
11. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi.
12. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang 3-4minit.
13. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir.
14. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)

No comments:

Post a Comment