Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Monday 5 January 2015

Lempeng Milo / Pancake Milo



Bahan-bahan :

1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair/ susu segar
3 paket Milo 3 in 1
3 sudu besar butter dicairkan
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Cara-cara :

1. Pecahkan telur & kacau.

2. Masukan susu, soda bicarbonate, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Saya blend je semua guna blender. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati.

3. Sapukan sedikit butter pada non-stick pan. Gunakan non-stick yg saiz 3-5inci.

4. Tuangkan 1 senduk adunan dlm pan, make sure gunakan api yg perlahan ketika memasak.

5. Bila bahagian atas berlubang² udara & hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jgn biar lama sgt ye takut overcook bahagian bawah.

6. Biarkan sekejap & terus angkat.

7. Sedia untuk dihidangkan.

Nota :

* sekiranya adunan agak cair, tambah sedikit tepung.
* tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dgn air panas skit, tuang atas pancake. Saya tambah heavycream utk lebih pekat & lemak.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)
Show comments
Hide comments

1 comment: