Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Wednesday, 31 December 2014


Ice Cream! Sape tak suke, ye dok? Hehe.. Apa-apa pun korang boleh lah try resepi Aiskrim ala-ala Baskin Robbins. 

Lepas ni dah boleh buat ice cream sendiri je dengan bahan-bahan yang simple giler ...

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat (ikut nak la nak manis macam mana)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalett (optional: utk gebukan ice cream )

Perasa:


Ikut la nak letak perasa apa.
Pandan, Strawberry, Keladi, Milo. Oreo .. Macam macam nk try ape ape pun boleh...

Cara-cara:

1) masukan semua bahan-bahan tu kecuali perasa dalam bekas besar, lepas tu guna mixer. Putar selama 15 - 20 minit. Fuhh, jangan lenguh sudah laa.

2) Simpan dalam freezer sehingga SEPARA beku sahaja.

3) Keluarkan dari peti lepas tu putar lagi sehingga bahan likat & pekat.

4) Asingkan adunan jika nak buat lebih dari 1 perasa.

5) Tambah jer perasa yang korang nak tu,

6) Dah letak dalam bekas tu, boleh la taburkan coco rice ke kismis ke.. Ikut la..

7) Simpan dalam freezer semalaman. Siap dah.. 

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

FB Page : Resepi Sheila Rusly


Selamat Mencuba  
Continue reading

Tuesday, 30 December 2014


Bahan-Bahan :

  • 10 gm gm serbuk agar2
  • 4 cwn air
  • 2 cwn gula halus
  • 1 tin susu cair
  • 1 cwn tpg kastard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan air suam(dibancuh dgn serbuk koko)

Caranya

Masukkan serbuk agar2, gula dan air kedlm periuk. masak hingga didihbancuhkan susu cair dan tpg kastard dan kacau sehingga pekat.

Asingkan sebahagian adunan dan masukkan bancuhan serbuk koko ke dlm satu bahagianmasak sehingga pekatsendukkan adunan coklat kedlm acuan.lapiskan adunan kuning (kastard sahaja) ke atas adunan coklat tadi.biarkan seketika.lapiskan sehingga semua adunan habis.

Psssttt, terima kasih sudi baca dan singgah ke blog baru Resepi Shiela Rusly. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

FB Page : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)


Selamat mencuba <3 ;)
Continue reading


PANGKALAN BUN: Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia mendakwa melihat objek seperti mayat manusia terapung diSelat Karimata di mana objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawat.

Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, pada awal nya beliau melihat objek berkenaan seperti manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat, namun selepas didekati ia menyerupai jasad manusia yang sudah membengkak.

"Pada awalnya saya lihat seperti manusia melambai-lambai, mungkin dia menyedari kehadiran pesawat. Tetapi selepas kami dekati, nampak ia sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul ombak," kata Tri di sini, sebentar tadi. - Kompas.com
Continue reading




Bahan-bahan:

1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel)
1 s/k vanilla

Cara:

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

FB PAGE : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)
Continue reading


Bahan-bahan:

250gm butter
80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tpg gandum
100gm almond powder
40gm tpg jagung
1/2 sdt esen vanilla
almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)


Cara-cara:

-putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.
-masukkan esen vanilla.
-masukkan tpg gandum,almond powder & tpg jagung. uli sebati.
-panaskan oven suhu 150c.
-bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
-bakar suhu 150c selama 20-25 minit.
-golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.
-bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.
-cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.biarkan sejuk & siap utk dihidang...

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

FB PAGE : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)
Continue reading

Monday, 29 December 2014


Bahan-bahannya :
● Ikan Bawal Hitam

Bahan A
● 4 ulas Bawang merah
● 2 ulas Bawang putih
● 1 ulas Bawang Besar - dikisar
● 4 sudu cili kering yang telah dikisar 

Bahan B
● 2 sudu Sos Tomato
● 2 sudu Kicap Manis
● 2 sudu Kicap Masin
● 1 asam keping
● garam secukup rasa

Cara:
1. Ikan bawal dibersihkan dan dipotong

2. Gaul ikan bersama garam dan kunyit, kemudian digoreng.

3. Tumbuk bahan A dan ditumis hingga naik bau. Masukkan cili kering yang dikisar hingga pecah minyak. Masukkan bahan B, bawang besar kisar, asam keping dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan yang telah di goreng tadi.

4. Biarkan seketika, hingga agak pekat boleh lah diangkat.


Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

FB PAGE : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)


Selamat mencuba <3 :)
Continue reading


Bahan-bahannya :

● 2 sudu besar cendol 
● 2 sudu besar isi durian
● 2 sudu besar gula merah
● 2 sudu besar santan
● 1 sudu besar kacang merah tin -jika suka
● Beberapa ketul ais kiub

CARA MEMBUAT 


1. Kisar ais kiub dan masukkan ke dalam mangkuk.

2. Masukkan cendol, isi durian, kacang merah, air gula merah dan santan. Boleh terus dihidang.


Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

FB PAGE : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)


Selamat mencuba <3 :)

Continue reading


Bahan-bahannya :

● 600 gram udang harimau
● 280 gram keju
● 100 gram mentega
● 50 gram bawang putih
● (dicincang halus)
● 10 gram garam
● 10 gram serbuk perasa
● 20 gram gula
● 50 gram susu cair

Cara-caranya :


1. Belah dua udang harimau. Perapkan dengan bawang putih, garam, serbuk perasa dan gula. Biarkan kira-kira 15 minit.

2. Susun kepingan keju pada bahagian tengah udang. Diikuti dengan susu cair.

3. Susun udang atas dulang yang disapu mentega. Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana kira-kira 10 minit.


Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

FB PAGE : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)


Selamat mencuba <3 :)
Continue reading


Bahan-bahan:


  • 220gm mentega
  • 70gm gula kastor
  • 250gm tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • Bahan Coklat Marble:
  • 200gm coklat masakan
  • 1 sudu teh shortening
  • 50gm coklat putih |untuk hiasan


Cara - Cara membuat :

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras yang telah diayak. Gaulkan hingga menjadi adunan.
3. Tuangkan adunan ke dalam acuan empat segi dan bakar pada suhu 160 C selama 20 minit. Sejukkan.
4. Untuk bahan marble, cairkan coklat masakan dan campurkan bersama shortening.
5. Tuangkan ke atas biskut dan ratakan.
6. Letakkan sedikit coklat putih dan lorekkan coraknya. Biarkan sejuk dan kemudian barulah dipotong.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

FB PAGE : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)
Continue reading


Nak jadi sihat, cergas dan otak cerdas? Senang sahaja. Kawan-kawan hanya perlukan kismis dan air minuman.

Ikutlah langkah ini:

1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.
3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas dan mata yang sihat!


Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.


Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)
Continue reading


BAHAN-BAHAN KEK

*1cawan gula
*1cawan serbuk koko (apa2 jenama, lagi mahal lagi sedap)
*1cawan minyak (minyak jagung/minyak masak/minyak matahari)
*1cawan susu cair
*1/2 cawan susu pekat


  • 3biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila (atau 1 penutup)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum ( kalau boleh guna lah tepung tanpa peluntur tu)
  • 1 sudu kecil soda bicabonate
  • 1 sudu kecil baking powder


CARA-CARA

Semua bahan yang bertanda * masak atas api yang kecil.kacau sampai gula larut dan sebati bersama. lepas tu tunggu adunan tu sejuk seketika baru masukkan ke dalam blender or mixer .. then mix kejap . then masukkan 3biji telur .. mix lagi .. pastu masuk esen .. masukkan tepung .. masukkan soda bicabonate & baking powder .. sebelom tu panaskan pengukur tu dulu yer .. hehe sediakan acuan yang digris dgn majerin or butter . kukus 45mnit atau hingga masak .. nak tau masak x cucuk dgn lidi tau ..

TOPPING


1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 minyak jagung  

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.


Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)
Continue reading


Bahan-bahannya:


  • - 250 gm butter
  • - 250 gm susu pekat manis
  • - 460 gm tepung jagung (ayak dahulu)
  • - ceri/choc chip utk hiasan


Cara-cara membuat:

1- Pukul butter & susu pekat manis hingga sebati (pakai whisk je), jangan terlalu lama risau nanti kembang.

2- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan gaul dengan rata.

3- Tekan dengan acuan dan hias samada dengan ceri atau chocolate chip.

4- Bakar pada suhu 150 darjah selama 12-15 minit.

Tq for empunya resepi ini ye .

FB PAGE : Resepi Sheila Rusly
Continue reading

Sunday, 28 December 2014


Bahan-bahannya :

● 3 keping ikan tenggiri atau ikan merah - diambil isinya sahaja dan dicincang halus
● 1 sudu teh serbuk ketumbar
● 3 batang cili merah - dibuang biji dan dikisar halus
● 5 tangkai cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar halus
● 4 ulas bawang merah - dikisar
● 2 ulas bawang putih - dikisar
● 3 biji buah keras - dikisar
● 1 cm halia - dikisar
● 1 batang serai - dikisar
● 1 cm kunyit hidup - dikisar
● 175 ml pati santan
● garam secukup rasa
● 20 helai daun kelapa
● Lidi secukupnya

Cara-caranya :


1. Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa.

2. Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya

3.Tunggu sehingga kuah sejuk

4. Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi

5. Sudukan ramuan ke atas daun kelapa.

6. Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya dan siap boleh disimpan dalam peti sejuk atau...

7. Bakar kedua-dua belah sehingga masak.


FB Page : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)


Selamat mencuba <3 :)
Continue reading


Bahan-bahanya :

● 1 kg bahu kambing - dipotong dadu sebesar 2.5 cm.
● 125 g minyak sapi
● 1 kuntung bunga lawang
● 1 camca adas
● 1 camca kakas
● 5 cm kayu manis
● 20 ulas bawang merah (dihiris nipis)
● 2 camca serbuk rempah kari
● 8 ulas bawang putih
● Sedikit air (digaul menjadi pes)
● 5 batang lada hijau (digiling)
● 5 batang lada merah(digiling
● 2.5 cm kunyit hidup(digiling)
● Gram secukup rasa
● 450 ml pati santan
● 2 biji kentang - dipotong empat jika suka
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali besi dan masukkan kesemua rempah kering tadi. Tumiskan sehingga wangi, Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih.
2. Kecilkan api dan mask sehingga layu. Masukkan rempah kari dan kacau rata-rata. Apabila naik baunya, masukkan lada hijau yang telah digiling pes dan pes kunyit.
3. Masukkan daging dan garam secukup rasa. Goreng sehingga rata. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga daging tu empuk. Akhir sekali masukkan kentang jika suka. Rasa garamnya dan matikan api.
Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.


Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)
Continue reading

Saturday, 27 December 2014

KUALA LUMPUR: AirAsia Pesawat AWQ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia .

Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20am Waktu Indonesia Barat, dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan .
Kompas.com turut melaporkan insiden itu.

Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30am waktu tempatan .


Continue reading


Bahan-Bahan


  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
  • 1 biji telur

air secukupnya
2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

CARA PENYEDIAAN


1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.

*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dll

*resepi daripada Hairul, dah try dah...memang rangup, mertua memang cukup puji bila dihidangkan cempedak goreng guna adunan resepi ni.

More : Resepi Sheila Rusly


Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.  
Continue reading



Bahan bahagian koko:

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2st garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4sb tepung jagung/kastard
  • 1/2st esen vanilla
  • 2sb butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10 - 11gm)

Caranya:

1. Campurkan semua bahan kecuali butter, kacau hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga sedikit pekat, kecilkan api.

Bahan bahagian putih susu:

  1. 1 cawan gula
  2. 1/2st garam
  3. 4 1/4 cawan susu segar
  4. 4sb tepung jagung
  5. sedikit vanilla
  6. 10gm serbuk agar2

Caranya:

1. Campurkan semua bahan diatas, masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api.
2 Cara Melapis: Basahkan dahulu acuan pilihan dengan air supaya senang keluarkan puding nanti. Tuang beberapa sendok adunan koko kedalam acuan, sejukkan sebentar. Bila dah keras sedikit, garis2kan dengan lidi, tuang adunan putih pula. Buat sehingga kedua2 adunan habis. Sejukkan dalam peti ais dan pastikan dah keras baru keluarkan dari acuan.


Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.


Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)


Continue reading


A. CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.

Langkah 1.

Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.

Langkah 2.

Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.

Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.

B. CARA KUATKAN LUTUT.

Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.

Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.

Sumber : Yussof Ahmad, ProfAbdullah Hassan, Abu Samah Mohd Amin, Mohamed Idris Saman, Idrus Abdul Ghani, Ghazali Othman, Ridzwan Salleh, Rizal Muhammad.
Continue reading

Friday, 26 December 2014


Jika anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar, cubalah mana-mana petua sembelit di bawah. InsyaAllah sembuh.

1. Pisang atau betik :
Makan buah pisang atau betik selalu.

2. Pisang masak :
Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3. Akar temu lawak :
Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

4. Daun gelenggang :
Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

Selamat mencuba.
Continue reading


Ingredients :
● 1 packet Chic Peas 
● 10 Dried Chilies - cut 
● 5 cloves Garlic - pounded 
● 4 sprigs Curry Leaves
● 1 tbsp Chili Powder
● 1 tbsp Sugar
● 1 tsp Tumix
● Salt

Direction :
1. Wash and soak chick peas for an hour or more and boil until tender. Or use presure cooker

2. Heat up few tbsp oil and stir-fry dried chili and curry leaves until fragrant.

3. Add in pounded garlic and continue stir-fry until golden. Quickly add in chili powder, tumix, salt and sugar and chick peas.

4. Mix well and serve.
Continue reading

Thursday, 25 December 2014


Polis berjaya menangkap dua suspek pecah rumah kira-kira 26/12/14 pukul 4.45 pagi tadi di Lorong Tok Sira, Kuantan.

Kejadian ketika anggota MPV sedang melakukan rondaan telah menerima maklumat daripada DCC IPD Kuantan mengenai kereta mencurigakan di tempat gelap di lokasi kejadian. Ketika anggota peronda MPV sampai di tempat kejadian, suspek telah menyalakan lampu kereta lalu melarikan diri dan cuba merempuh kereta polis. Suspek dikejar dengan bantuan anggota MPV lain dan anggota JSJ IPK Pahang sehingga akhirnya berjaya diberkas.

Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek lelaki tempatan itu, polis berjaya merampas kereta yang digunakan dan barang yang disyaki dicuri iaitu sebuah TV dan peralatan pecah rumah. Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan curi motosikal.
Continue reading


Baru-baru ini portal hiburan murai.com.my menerusi ruangan Murai Batu mempertikaikan cara penjurian Nur Fazura di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 .

Tidak pasti mengapa kritikan tersebut ditulis Murai Batu, namun Astro telah mendapatkan komen Fazura mengenai perkara tersebut.

“ Tidak mengapa semua orang berhak mengkritik dan memberi pendapat, saya tidak ambil hati,” jawab Fazura ringkas.

Astro juga sempat bertanya kepada pelakon dan model popular berkenaan mengenai kenyataan salah seorang ahli Kumpulan Comey iaitu Ropie yang dikatakan berkecil hati dengan komen Fazura .

“ Komen dan dua bintang yang saya berikan tidak cukup untuk membuatkan mereka tersingkir. Saya tidak rasa komen saya keterlaluan .

“Saya rasa juri lain turut kecewa dengan persembahan mereka pada minggu lalu . Malah, fans mereka turut merasakan perkara sama ,” jawabnya menerusi aplikasi Whats App .

Tambah Fazura lagi, sebagai juri dia harus jujur memberikan komen.

“ Saya juga adalah peminat kumpulan Comey, namun saya harus jujur… Persembahan Comey pada minggu lalu amat mengecewakan, berbanding minggu sebelumnya yang amat membanggakan ,” ujarnya.

Pada malam ini, seperti biasa Fazura bersama tiga juri lain iaitu Datuk Jaluluddin Hassan, Taufik Batisah dan Farah Quinn akan mengadili para peserta di minggu ke tujuh MLM 2014.

Kepada para peminat MLM 2014, teruskan mengundi peserta kegemaran anda jika mahu mereka kekal lebih lama dan bergelar juara.

Jangan lupa menonton MLM 2014 secara langsung, setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (135) .
Continue reading



Bahan-Bahan : (sy menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5")

  • 5 biji telur A (dari peti ais)
  • 250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
  • 150 ml susu cair
  • 180g gula halus
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1/4 sudu kecil garam 
  • 125 ml minyak jagung
  • perisa dan pewarna : 
  • coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren
  • pes pandan / pandan emulco
  • pes bluberi + pewarna ungu
  • pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink
  • perisa esen vanilla

Cara-cara :

1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).

2. Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.

3. Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian (disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee (sy menggunakan 1 sudu makan black cocoa + coffee flavor + 1 sudu makan air panas)

4. Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)

5. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek).

6. Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)

7. Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

More : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)
Continue reading


Bahan-bahan ( saiz kek 23cm )

  • - 250 gram butter
  • -1 cawan serbuk koko
  • -3 biji telur
  • -1 setengah cawan gula kastor
  • -1 setengah cawan susu cair
  • -1 setengah cawan tepung gandum
  • -1 sudu kecil baking powder
  • -1 sudu kecil bicarbonate soda
  • -1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan cheese:

  • -250 gram cream cheese
  • -1 cawan gula kastor
  • -1 biji telur

Cara-cara membuat:

1. Cairkan butter, masukkan serbuk koko setelah butter cair dan kacau.

2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula.

3. Masukkan adunan butter tadi perlahan-lahan dan kacau.

4. Tambahkan susu cair, tepung gandum, baking powder, bicarbonate soda dan esen vanilla satu persatu dan kacau.

5. Panaskan oven, gris loyang dan masuk adunan dalam loyang.
Tinggalkan 2 atau 3 sudu adunan dan masukkan dalam piping bag.
Bakar adunan dalam loyang selama 20 - 30 minit.

Untuk lapisan cheese:

1. Putar cream cheese hingga gebu, masukkan gula dan kemudian telur.

2. Keluarkan brownies yang siap dibakar tadi.

3. Masukkan adunan cheese di atasnya.

4. Pipe adunan brownies dan buat corak menggunakan lidi.
Mula2 buat belang2 pastu amik lidi n tarik dgn lidi belang2 tadi. nak buat bulat2 pun bole, tarik dari tengah ke tepi atau selang seli dari tepi ke tengah

5. Bakar semula selama 15 - 20 minit.

6. Hias kek mengikut citarasa.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

More : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)


Selamat mencuba <3 :)
Continue reading


Bahan-bahan ( 1 loyang besar )


  • * 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • * 2 biji telur
  • * 4 cawan air
  • * 1/2 tin susu cair
  • * 1 cawan gula
  • * 2-3 sudu besar tepung kastad
  • * 1 tin fruit cocktail


Cara-cara

1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.

2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.

3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.

4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

More : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)
Continue reading


KOTA BHARU: Jambatan Sultan Yahya Petra ditutup kepada kesemua kenderaan berikutan paras air Sungai Kelantan yang melimpahi jambatan itu.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan , Shahimi Sharif , berkata jambatan itu ditutup kepada semua kenderaan bermula jam lima petang tadi .


Katanya , jambatan itu akan dibuka kembali kepada lalu lintas setelah paras air sungai surut dan tiada sampah sarap yang menghalang laluan di jambatan terbabit .
Continue reading

Wednesday, 24 December 2014


Pelakon filem Cerita Hantu Malaysia , Leez Rosli memberitahu yang dia akan bernikah pada hujung minggu ini , bersama tunangnya Aepul Drama Band . Dia yang telah bertunang pada tahun lepas mahu segerakan pernikahan mereka kerana sudah lebih setahun mengikat tali pertunangan .

“Saya sudah bertunang tahun lepas iaitu 11 Disember 2013 dan InsyaAllah akan bernikah pada 27 Disember ini. Saya akan bernikah dahulu dan majlis resepsi akan diadakan pada Februari depan & untuk majlis pernikahan ini , jemputan pun tidak ramai ,” katanya sambil tersenyum.

Leez turut menjelaskan bahawa majlis resepsi perlu diadakan pada bulan Februari depan kerana dia dan Aepul mempunyai jadual kerja yang sangat padat pada bulan Januari ini .

“ Majlis nikah sebenarnya sudah banyak kali tertangguh patutnya diadakan pada bulan 10 tetapi disebabkan jadual kerja yang padat membuatkan majlis ini tertangguh lagi. Untuk tidak membuang masa , kami menyegerakan dulu perkara yang wajib iaitu nikah terlebih dahulu,” ujarnya.


“ Saya tak pernah terasa hati dengan pihak media, cuma saya sedar di mana diri saya. Saya juga tak menafikan yang saya ini suam-suam kuku, saya sendiri pun suka mengelak dari pihak media dan tak salahkan mereka sekiranya digelarkan suam-suam kuku. Bagi saya, biarlah peminat kenal saya menerusi karya lakonan sahaja ,” tambahnya lagi .
Continue reading


Bahan-bahan (untuk sekitar 15 keping)

2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi

Cara-membuatnya:

Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit.

Ayak dan biarkan sejuk. Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.

Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis2kan pada tepung.

Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya air panas Panaskan pengukus.

Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah.

Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.

Biarkan putu dalam kain muslin selama kira2 seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.

Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam.

Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.Sedia untuk dihidang dan disantap.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

More : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba  
Continue reading


Jumaat lalu , pelawak Ilya Buang yang juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu dalam saingan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) mengumumkan yang beliau menarik diri dari terus menganggotai kumpulan tersebut kerana tidak mahu terus menjadi beban .

Bercakap kepada mStar Online, Ilya Buang menjelaskan yang sejak beberapa minggu ini keadaan kesihatan beliau menjadi penghalang dirinya untuk memberikan idea dan cadangan kepada Sepahtu selain menjejaskan latihan untuk persembahan mingguan.

“ Saya menarik diri dari kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka teruskan perjuangan di MLM 2014. Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan ,” ujarnya .

Pelawak itu turut menafikan dakwaan yang tiada keserasian antara mereka bertiga sepanjang melakukan persembahan bersama dan berkata mereka sudah banyak kali muncul bersama untuk persembahan sejak Sepahtu menjuarai Raja Lawak 3 lagi.

“ Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan adakalanya dia seperti murung tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu . Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia ”

“ Dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka ,” tambahnya lagi .
Continue reading

Tuesday, 23 December 2014


Siapa sangka , dalam sebuah majlis makan malam tahunan ‘ Cahaya Cinta ’ yang dihadiri oleh Dato ’ Siti Nurhaliza dan suaminya , Datuk K di Johor Bahru baru-baru ini, tiba-tiba pasangan ini dijemput untuk bersanding buat kali kedua.

Dengan persiapan pelamin yang sangat cantik pada majlis tersebut, ditambah pula pakaian Siti dan juga Datuk K yang tak ubah macam pengantin , ternyata pasangan ini bagaikan tidak dimamah usia langsung. Manis mereka berdua di atas pelamin !


Gambar yang dikongsikan oleh Siti Nurhaliza di Instagram beliau ini memang mengundang rasa cemburu , bukan ? Maklumlah sudah bertahun kahwin pun masih mampu nampak seperti pengantin baru . Apa-apa pun , kami di sini mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia .







Continue reading