Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday 21 March 2015

TOMYAM PUTIH AYAM OHSEM SANGAT...

TOMYAM PUTIH AYAM
Segar rasa dapat hirup kuah tomyam ni.  Tak terlalu pedas menyengat.  Seakan sup rasanya cuma sedikit masam dan pedas.  Selain dari ayam, boleh juga buat kuah daging ataupun seafood.  Makan dengan nasi panas dan telur dadar serta kailan ikan masin...   Peeerrgghh... terangkat...

RESEPI TOMYAM PUTIH AYAM
Bahan-bahannya:-
Air secukupnya
1 bj Bawang besar, dipotong baji
5 bj Cili Padi, diketuk
1 inci Halia, di ketuk
1 inci Lengkuas, dipotong nipis, diketuk
2 btg Serai, diketuk
2 ulas Bawang putih, diketuk
Beberapa helai Daun limau purut
1 bj limau nipis, di ambil jus
Ayam dicincang saiz yang sesuai
1 sb sos ikan
1/2 batang Lobak merah
50 gm Cendawan tiram
1 bj Tomato
100 gm Bunga Kobis
1 btg Saleri
1/2 sb Susu Pekat manis
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-
1. Didalam periuk, masukkan air, bahan bahan yang diketuk, bawang dan ayam.

2. Apabila sudah mendidih, masukkan daun limau purut, sos ikan dan garam secukup rasa.

3. Masukkan sayuran (kecuali tomato). Kemudian masukkan sedikit demi sedikit jus perahan limau nipis. Jangan guna semua kalau sudah cukup rasa. 

4. Masukkan susu pekat manis.

5. Apabila sayuran sudah empuk boleh la masukkan tomato. Biarkan seketika dan boleh lah padam kan api.

6. Siap untuk di hidang.

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)


Selamat mencuba!!!

Show comments
Hide comments

1 comment:

  1. Sy dh cuba..tpi x letak sos ikan.. sedap dan marvellous...
    Tma ksh tuan punya resepi... smoga ditmbhkan rezeki

    ReplyDelete