KEK MARBLE SUSU |
Kek ini juga biasanya menjadi pilihan untuk hidangan semasa bermesyuarat dan majlis keraian serta kenduru kendara. Selamat mencuba..
KEK MARBLE SUSU
Bahan-Bahan:-
250 g mentega
230 g gula halus (saya Cuma guna 200gm)
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung gandum *
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco
Cara-cara:-
1.Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
3.Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
4.Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati
5.Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.
6.Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick / belakang sudu
7.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 140C selama 50 minit. 10 minit terakhir bakar guna api atas dan bawah. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
Resepi ni xlengkap la .. 99% sy ikut cre nye .. mase nak bakar mcm ade tggl something je ..
ReplyDeleteBace2 balik dekat care nak wat tu xde ckp letak baking powder ..
saya nak share
ReplyDelete