Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Tuesday 7 April 2015

KACANG POOL LAZAT..

KACANG POOL
    Hidangan lazat kacang pool ini berasal dari negara arab.. Fol didalam bahasa arab bererti kacang. Makanan ini terkenal di negeri johor.  Salah satu restoran terkenal yang menyediakan masakan ini terletak di Larkin iaitu.. " Kacang Pool Haji".  

     Ianya dihidangkan bersama roti bakar.  Paduan rempah, daging kisar, kuahnya yang lazat pekat bersama asam limau dan telur goyang.  Peerrgghhh... Cuba sekali pasti nak lagi.  Mari cuba resepi ini..

KACANG POOL

Bahan-bahan:
1 tin kacang pool (toskan airnya & lenyek)
1 tin kacang panggang (baked beans)
200g daging kisar
10 biji bawang merah -kisar halus
4 biji bawang putih -kisar halus
1 inci halia -kisar halus
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 cawan air (agak2 sendiri sebab kuah mudah pekat)
Garam
Gula
Serbuk perisa (pilihan)
Minyak sapi/butter untuk menumis

Bahan-bahan hiasan:
Telur mata kerbau
Bawang besar -potong dadu
Lada -potong dadu
Limau Kasturi -belah dua
Beberapa set roti bakar kosong

Cara-caranya:
1. Campurkan serbuk kari daging & serbuk ketumbar bersama bahan2 kisar. Masukkan sedikit air & jadikan pes.

2. Panaskan minyak sapi & tumis bahan no 1 sehingga berbau harum.

3. Masukkan daging kisar & kacau rata. Masak sehingga daging berubah warna.

4. Masukkan air & didihkan kuah.

5. Apabila kuah telah mendidih, masukkan kacang foul yg telah dilenyek & kacang panggang bersama2 sosnya.

6. Masak sehingga pekat. Akhir sekali tambah garam, gula & perisa.

7. Apabila menghidang, letakkan sebiji telur mata di atas kuah & taburkan bawang juga cili. 

8. Cicahkan bersama roti bakar.

(Lebih sedap dimakan semasa panas)

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment