Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Wednesday 8 April 2015

KEK BUAH KUKUS MOIST..

KEK BUAH KUKUS
     Kek yang tidak pernah lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.  Dari dahulu hingga kini sering menjadi pilihan dimusim perayaan dan hari-hari biasa. Teksturnya yang berat, padat dan mewah daengan buah-buahan kering menambat selera disamping aroma buah pala yang menyegarkan.  
     Hidangkan dengan secawan teh.. Padanan yang sesuai untuk minuman petang.  Selamat mencuba..

KEK BUAH KUKUS

Bahan bahan:
500 gm butter
6 biji telur - guna 3 gred A & 4 gred B
2 kotak mix fruit - 1/2 kg/500gm
2 sk vanilla
2 sk esen ros 

Bahan Ayak:
600 gm tepung gandum
2 sk soda bikarbonat 
1/2 sk cream of tartar 
1 sk serbuk buah pala 

Gula Hangus:
4 cawan gula pasir/800 gm - guna 600 gm
1/2 cawan air sejuk

Cara cara:
01.  Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair.

02.  Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar sehingga agak suam.  Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

03.  Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose. Jangan terlebih kacau takut buah mendap.

04.  Masukkan adunan ke dalam  bekas saiz 10-12" dan kukus selama 4 - 6 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. 

05.  Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api.  Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

06.  Bungkus tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter.

07.  Bila kek masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk mengelakkan buah mendap. 

08.  Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang dan potong telah benar benar sejuk. Lagi baik jika dibiarkan semalaman di atas meja sebelum dipotong.


Sumber: Azie kitchen

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!! 
Show comments
Hide comments

1 comment: