GADO-GADO (PECAL JAWA) |
GADO-GADO (PECAL JAWA)
Bahan-bahan:-
1 cawan kacang tanah
5 tangkai cili kering atau lebih – nak pedas lagi tambah cili padi
4 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
6 biji cekur @ kencur atau lebih (size kecil)
1 inci belacan
1 sudu besar asam jawa biji
3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
Garam
Ulaman dan Sayuran:-
Kangkung @ pucuk ubi – celur
Kacang panjang – potong dan celur
Sengkuang – potong –
Tauhu goreng – hiris nipis
Tempe goreng - hiris nipis
Taugeh – celur sekejap
Timun – hiris
Tomato - hiris
Telur rebus - hiris 2
Keropok ikan / udang
Cara Penyediaan:-
1. Panaskan minyak. Goreng lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan.
2. Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur@kencur.
3. Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi.
4. Masukkan air asam jawa. Kacau. Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya.
5. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis.
6. Untuk tambahkan aroma kuah pecal nih, boleh letak hirisan daun limau purut. Jika suka campurkan skali hirisan daun cekur @ kencur.
4. Curahkan sambal pecal ke atas sayuran tadi. Hidangkan bersama keropok dan hirisan telur.
Sumber : Dapur Hana
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment