BELANGKAS MASAK LEMAK CILI API |
Menu masakan seperti, serunding telur belangkas, sambal belangkas, asam pedas belangkas dan belangkas masak lemak cili api, biasa di jual di Kota Tinggi, Johor. Belangkas mempunyai sedikit toksin yang akan membuatkan anda merasa pening atau mabuk sekiranya belangkas disiang dengan cara yang tidak betul. Hanya orang yang pakar sahaja tahu caranya. Mari cuba resepi lazat ini..
BELANGKAS MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:-
1 ekor belangkas
1 biji kelapa parut – ambil dua mangkuk santan
2 biji tomato – dipotong empat
1 tangkai cili hijau – dibelah dua
1 tangkai cili merah – dibelah dua
10 tangkai cili api – ditumbuk
2 cm kunyit hidup – ditumbuk
1 camt biji ketumbar – ditumbuk
1/2 camt jintan halus – ditumbuk
1/2 camt jintan kasar – ditumbuk
2 ulas bawang merah – ditumbuk
Secukupnya garam dan serbuk perasa
Daun kunyit
Cara-cara:-
1. Siang belangkas dan bersihkan.
2. Campurkan bahan tumbuk ke dalam santan.
3. Jerang diatas api yang perlahan dan kacau supaya santan tidak pecah.
4. Masukkan belangkas, tomato, cili hijau, cili merah dan garam.
5. Bila santan sudah mendidih, masukkan daun kunyit. Padamkan api.
6. Sedia untuk dihidang.
BELANGKAS |
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
resepi belangkas sedap ni, mohon share ye admin
ReplyDelete