Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday, 28 March 2015

TORTILLA DAGING YUMMY..

TORTILLA DAGING
Tortilla Daging.  Sedapnya kalau dapat makan pepanas.  Selain dihidangkan denga roti pita atau tortilla,  Ianya terkadang dihidang juga dengan menggunakan rice wrap.  Kelazatan inti berempah serta sayuran segar dan gadingan kulitnya, juga mayonis serta sosnya.. membuatkan ianya pilihan untuk menu ringkas tetapi lengkap.
    Tak rugi kalau anda cuba menyediaknnya sendiri.  Cubalah ea..

TORTILLA DAGING

Bahan-bahannya:-
1 lembar Tortila
1 sdt mentega
25 gr Bawang bombay, mayangkan
25 gr Daun salad hiris nipis
25 gr Tomato, hiris nipis
25 gr Timun, hiris nipis
50 gr hirisan daging kebab
1 sdt Sos tomato, secukupnya
1 sdm Mayones, secukupnya

Cara-caranya:-
1. Panggang tortila sebentar saja di atas kuali yang sudah disapu mentega hingga kecoklatan, angkat.

2. Tumis bawang bombay sebentar saja, hingga agak layu.

3. Letakkan tortila di atas piring, Letakkan bawang bombay, daun salad, timun dan tomato di tengah tortila dengan bentuk memanjang.

4. Letakkan sos tomato dan sos cili secukupnya di atas sayuran.

5. Tambahkan daging kebab di atasnya, ratakan bentuk memanjang.

6. Letakkan mayones secukupnya di atas daging, lalu gulung tortila atau roti kebab dan padatkan.

7. Sedia untuk disajikan.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment