Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday, 28 March 2015

SATAY GORENG IKAN WANGI

SATAY GORENG IKAN 
Satay goreng ikan ni... Biasa juga disebut sate lilit.  Merupakan makanan tradisi masyarakat Bali, Indonesia.  Kelazatan isi ayam dan rempah.. Ditambah lagi kewangian serai. Membuatkan anda tak sabar untuk menikmatinya. 
Selamat mencuba resepi ini ea.

SATAY  GORENG IKAN

Bahan-bahan:
500 gr isi ikan tenggiri, racik halus

150 gr kelapa muda parut, kukus

5 helai daun limau purut, racik halus

1 sdt air limau nipis

2 biji telur, kacau rata

12 batang serai, cuci bersih

Minyak untuk menggoreng


Bahan Rencah tumbuk halus:
5 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

2 cm halia muda

3 cm kunyit

1 sdt biji ketumbar sangai

4 biji buah keras

1 sdt garam

1 sdt gula pasir


Cara membuatnya :

01.  Panaskan 2 sdm minyak, tumis rencah tumbuk halus sampai harum, ketepikan.

02.  Campur isi ikan, kelapa parut, rencah tumbuk halus, telur dan daun limau. Kacau dan sebatikan  hingga menjadi adunan.

03.  Ambil 1 batang serai, kepalkan dengan 1-2 adunan ikan dan padatkan bentuknya menjadi bulat lonjong. Buat sehingga habis.

05.  Panaskan minyak yang  banyak untuk menggoreng tenggelam, goreng sate ikan sampai cokelat kekuningan. Toskan dan siap dihidangkan.

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment