Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday, 28 March 2015

SALAD SOTONG GORENG YUMMY..

SALAD SOTONG GORENG
Sotong merupakan sejenis lagi makanan laut.  Selain di masak sambal, BBQ, Ianya juga boleh disediakan menjadi kerabu atau salad.  Cuma perlu diingat ea, jangan terlalu lama memasaknya.  Sotong akan menjadi liat.  Selamat mencuba ea..

SALAD SOTONG GORENG

Bahan-bahan:-
Salad:
100 g daun Kobis merah, potong halus
100 g daun salad hijau, potong halus
15 helai daun pudina segar, cincang halus
30 helai daun  selasih, cincang halus
8 butir bawang merah, hiris nipis

Sotong:
500 gr sotong segar bersih tanpa kepala, cuci bersih, hiris melintang 1 cm
1 sdt garam
½ sdt serbuk lada putih
50 g tepung gandum
50 g tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Sos:
3 sdm Air Asam Jawa
200 ml air hangat
3 sdm air jeruk nipis
1 ½ sdm sos ikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 sdt gula pasir
1 sdt serbuk cili
2 sdm sos cili

Cara membuat:
1.    Sotong goreng: Lumurkan sotong dengan garam dan serbuk lada putih hingga rata. Masukkan ke campuran tepung gandum dan tepung jagung.

2.    Goreng sotong berbalut tepung dalam minyak yang panas dan banyak diatas api sedang hingga masak dan berwarna kuning kecokelatan. Angkat, toskan dan ketepikan.

3.    Sajian: Siapkan sayuran untuk salad. Letakkan di mangkuk salad. Letakkan sotong goreng diatas sayuran, tuang sosnya. Sajikan segera.


(untuk hidangan 6 org)


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment