KEK OMBAK RINDU |
KEK OMBAK RINDU (KUKUS)
Bahan-bahan :
5 biji telur gred A (sejukkan dalam peti ais)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil baiking powder *
1 sudu besar ovellete
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil essen vanila
1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150ml)
10 sudu besar mentega cair (100g)
Pewarna orange, hijau, kuning & merah atau warna2 pilihan ikut suka
Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh dicampurkan kedua-dua sekali)
Cara-caranya :
01. Panaskan kukusan. Loyang 10 x 10 x 4 dialas kertas & digris sekeliling. Ayakkan tepung bersama baking powder.
02. Campurkan semua bahan kecuali mentega & pewarna & pukul hingga kembang.
03. Masukkan mentega cair & kaup-kaupkan adunan hingga rata.
04. Bahagikan adunan kepada empat bahagian & warnakan.
05. Ratakan adunan berwarna pertama didalam loyang - Ayak serbuk koko diatas lapisan pertama rata-rata hingga menutupi lapisan pertama tadi.
06. Tindihkan adunan berwarna kedua diatas lapisan koko dengan kemas.
07. Bagi memudahkan gunakan sudu makan & tompok-tompokkan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko. Tabur lagi serbuk koko rata-rata. Ulangi melapis & menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur dengan serbuk koko.
08. Tutup loyang kemas-kemas dengan aluminium foil yang telah disapu mentega. Kukus selama 45 minit.
09. Apabila masak, buka segera aluminium foil. Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak. Biarkan kek 5 minit didalam loyang.
10. Tangkupkan loyang & sejukkan kek diatas redai.
11. Biar kek benar-benar sejuk & bolehlah dipotong & dihidangkan.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment