Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Tuesday, 10 March 2015

ROMANTIK TANPA SENTUHAN - JS PICTURE



Pertama kali disatukan dalam drama bersiri sebagai pasangan suami isteri, drama Suami Sebelah Rumah untuk slot Iris di TV3 itu menyatukan mereka dalam situasi yang berbeza. Lazimnya memegang watak suami isteri pasti banyak babak romantis membabitkan aksi atas katil dan berpeluk. Atas permintaan Izzue yang enggan melakukan babak berkenaan, setiap babak dilihat lebih cantik dan menarik hasil garapan pengarah dan penerbitnya, Jinggo dan Sheila Rusly.

Menurut Izzue, permintaan itu dibuat kerana dia perlu menjaga batas supaya tidak menyentuh hati mana-mana pihak termasuk isterinya sendiri. Bagi  Ayda pula, dia akur dan sangat memahami permintaan Izzue itu. 
Ayda menjadikan perkara tersebut sebagai cabaran kepada dirinya untuk menjadikan adegan itu lebih kreatif tanpa perlu bersentuhan.
Memang banyak permintaan orang ramai untuk menggandingkan saya dengan Izzue. Meskipun begitu, tidak semestinya adegan romantik perlu berpegangan tangan. Masih ada lagi cara lain untuk mewujudkan suasana romantik. “Dari situ kita boleh jadi kreatif yang mana tanpa pegang tangan pun penonton akan nampak babak itu sebuah lakonan yang sweet,” katanya.
JS Pictures memastikan setiap babak dilihat lebih cantik dan menarik hasil garapan pengarah dan penerbitnya, Jinggo dan Sheila Rusly.



No comments:

Post a Comment