Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Friday, 13 March 2015

PETUA MEMBERSIHKAN PERKAKAS DAPUR


BAKING SODA @ SODA BICARBONAT



Wanita dan dapur.... Tentu sahaja tak dapat dipisahkan.  Ibarat kata pepatah, Setinggi manapun perempuan belajar, Akan ke ceruk dapur jugalah dia pergi... Yang membezakan adalah ..besar dan kecil dapurnya.. Hehehe.. Dewasa ini dapur terkadang dapur hanya jadi ruangan hiasan sahaja..  Terlebih lagi untuk yang berstatus bujang dan workaholic.

Untuk para ibu yang rajin memasak di dapur dan rajin membuat  kek tentu sahaja mengenali baking soda.  Salah satu  bahan penting membuat kek.  .. Sya berikan pada anda tips untuk membersihkan barangan dapur dengan menggunakan baking soda.

Gunakan sarung tangan sebelum memulakan kerja.

Membersihkan kerak
Tuangkan 1 sudu mkn baking soda ke air panas.  Tuangkan  kedalam @ ats bahagian yg kotor.  Biarkan selama 1 jam.  Gosokkan dgn span lembut.  Bilas dengan pencuci pinggan dan air bersih
-  Sesuai untuk barang ceramik, stainless steel dan besi

Membersihkan kotoran degil
Didihkan 125 ml air dan tambah 1 sudu teh baking soda.  Matikan api dan biarkam hingga kotoran degil  memudar. Bilas dengan air bersih.
-  Sesuai untuk kuali non-stick.

Membersihkan kotoran kunyit
Masukkan 1 cwn air dan 1 sudu teh baking soda ke dalam mangkuk blender.  On kan mesin selama 3 minit. Bilas dengan air bersih.  Jika masih ada lagi kotoran, rendam dalam air panas dan biarkan selama 5 minit.

Membersihkan karat
Campurkan  1 sudu makan baking soda  dgn 5 sudu makan air panas.  Sapukan pada bahagian berkerak.  BIarkan selama 5 minit.  Gosokkan dengan span lembut.  Bilas dengan air panas dan keringkan.
-   Sesuai untuk barangan perak.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment