Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday 28 March 2015

KEK LOBAK AWESOME

KEK LOBAK
Lobak merah. Mempunyai banyak khasiat untuk manusia .  Khasiatnya dapat menambahkan lagi ketajaman pengelihatan mata anda.  Selain di buat jus, biasanya lobak dimakan sebagai salad, dan campuran di dalam stew dan sup, Ianya enak juga untuk di buat kek.  Jangan lupa mencuba resepi ringkas tapi sedap ini ea..

KEK LOBAK

Bahan-bahan:- 
• 2 1/2 cawan parutan lobak (lebih kurang 3 batang carrot)
• 4 biji telur
• 1 cawan minyak sayuran
• 1 1/2 cawan gula putih
• 2 cawan tepung
• 1 sudu teh soda bikarbonat
• 1 1/2 sudu teh baking powder
• 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
• 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
• 1 sudu teh vanilla
• 1/2 sudu teh garam
• 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-caranya :-
1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.

2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.

3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama).  Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.

4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati

5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati.  Selepas tu tuang dalam tin kek, bakar sehingga kek masak.

6. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.

7. Jika tak melekat maknanya kek sudah masak.

8. Sedia dihidangkan. 


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment