Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Wednesday 25 February 2015

Talam Sekoteng Menawan Kalbu


BAHAN-BAHAN Talam Sekoteng Menawan Kalbu :


LAPISAN BAWAH

• 50 gm sekoteng
• 150 gm tepung beras
• 250 ml santan pekat
• 450 gm air
• 1 sudu makan tepung hoen kwe
• 150 gm gula kastor
• 1 sudu teh garam


LAPISAN ATAS

• 150 gm tepung gandum
• 300 gm gula halus
• 5 biji telur
• 250 ml santan pekat
• 500 ml air
• 1/2 sudu makan garam
• 11/2 sudu makan perasa ros


CARA MEMASAK Talam Sekoteng Menawan Kalbu :

1. Rebus sekoteng sehingga kembang dan toskan.
2. Di dalam bekas, tuangkan tepung beras, garam, gula dan tepung hoen kwe.
3. Masukkan santan dan air. Gaul rata dan ditapis ke dalam bekas.
4. Masak di atas api sehingga naik wap dan pekat.
5. Masukkan sekoteng ke dalam adunan yang telah pekat tadi. Gaul hingga mesra.
6. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.
7. Untuk membuat bahagian atasnya, bancuh semua bahan untuk lapisan atas dan kacau mesra.
8. Tuangkan perisa ros dan gaul mesra.
9. Masak sehingga naik wap dan pekat.
10. Tuangkan adunan ini ke dalam bekas yang berisi adunan sekoteng tadi. Kukus sekali lagi selama 30 minit.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)

No comments:

Post a Comment